Monday, April 30, 2012

.: Renovation :.

Assalamualaikum...

Start last week, umah aku sedang dalam renovation. Alah tambah awning depan tu, ngan buh lantai tu je. Lama dah nak buat tapi takde budget, so tumpang ada sket-sket ni, pi buat la.




Ni la depan umah aku...yang kami beli tahun lepas. So lepas ni bley la nak tanam-tanam apa yang patut kan?. Cam besh je kan?.

Sunday, April 29, 2012

.: Ter " REMBAT" Plak Jam Ni :.

Assalamualaikum...


Tak bley tahan la tengok jam ni. Ishh, mang berkenan, skali tengok je. Dalam hati ni kata "cantik". "Nak jugak, nak jugak!". Ada plak diskaun sampai 70%. Dari harga RM 573.00, after diskaun dapat RM 173.00. Ok pe kan?. Kalau korang nak jugak pi kat hishop banyak lagi pilihan wei...

.: Volkswagen Polo Sedan :.

Assalamualaikum...


Jom klik kat picture,
"Ada Apa Dengan Volkswagen Polo Sedan Ni????"

Saturday, April 28, 2012

.: Masa Demam :.

Assalamualaikum....


Ni la keadaan fawwaz masa demam aritu. Merap je, asik nak dok kat aku je, kemana aku pegi dia nak ikot, sampaikan nak ke bilik air pun susah. Terpakse gak aku tinggalkan dia, nangis pun nangis la. Tido pun nak meniarap kat dada aku, camne? Aku kene baring skali, kalau dah baring confirm la ngan aku, aku skalu tido. Alhamdulillah arini aku tengok dah makin ok, sihat dah.

Friday, April 27, 2012

.: Cadbury Dairy Milk on a happier mission :.

Assalamualaikum...



** Klik pada picture untuk maklumat yang lebih lanjut!**
Jom kongsikan kegembiraan anda.

.: Bizi yang teramat! :.

Assalamualaikum...




Dah dua ari aku tak bukak blog. Tak sempat. Kat ofis sibuk yang melampau, almaklumlah gaji dah naik so, banyaklah keje yang nak dibuat. Kat umah plak, anak dok merap je, sebab demam dia tak ok lagi. Merengek je. Sori la pada sahabat yang rajin terjah blog aku. Aku tak sempat nak terjah blog korang, tak tau apa perkembangan blog korang.


.: Rosak :.

Assalamualaikum...

Sedih dan frust sangat-sangat, sebab handset aku yang Nokia C6-01 tu, dah tak bley nak touch. Nak tau pasal pe?. Susu Fawwaz tumpah kat atas screen phone tu. Malam, biasa la buh handset kat tepi bantal, selalu takde apa pun. Kali ni, nasib aku tak baik plak, sedar pagi tu masa alarm bunyi. Aku tekan-tekan tak bley nak berenti so, pilihan yang terakhir adalah bukak bateri. Ingat takde apa la. Tapi bila aku on balik, nak masuk lock code tak bley. Waaaaa.....cedihnye!. Rosak ke?. Pagi tu past breakfast hubby ajak pi Nokia Center. Nak check handset tu pasal pe. Sampai Nokia Center, pegawai tu kate kene baiki screen dia. Dia kira-kira dalam  RM300++ macam tu la kos tuk baiki. Mahal sebab handset tu touch screen. Aku pandang hubby, hubby pandang aku. "Camne?". Hubby kate beli lain la. Nak baiki tu pun tak tau berapa lama. Nanti kalau ada duit lebih sket p baiki la. Frustttttnye aku!. 


Sumber gambar daripada Web Nokia

So, terpakse la beli lain yang agak murah berbanding handset yang first. Tak mau dah touch screen. Geram!.
Aku berkenan kat Nokia Asha ni, tapi aku tak amik kaler ni aku amik kaler putih + silver. Harga pun berpatutan, memandangkan masa kejadian tu adalah dihujung-hujung bulan. Saat-saat genting kan, terpakse la ku korbankan duit simpananku. 

Thursday, April 26, 2012

.: Part 4 : Review Blog Mfiras Firdaus :.

Assalamualaikum...


Entry ni sebenarnya khas aku buat tuk mengingati balik mase memula aku menulis kat blog "Memori Terindah Muhammad Firas Firdaus bin Faizal" tahun 2007. Dan...aku ingat nak "delete" blog ni pas aku abis copy sume kat blog ni. Sekian, terima kasih.



20 Jun 2007


Firas kene buli....hehehehe...



hihihihi...hehehehe...sian kat anak ibu ni...kene buli ngan ayah...siap kene amik gamba pakai tudung lagi...dah la baru bangun tido...tak pasal2 tekene...tp tgk comei plak...anak ibu ni...hihihi...mcm nenek2 sbb takde gigi...ayah kate ibu dah tak sabar nak ada anak pompuan...nanti la dulu...may be 2thn lagi kot...tunggu Firas dah besar sket...lagipun skang ni dia tengah aktif...kene tumpukan perhatian pada pembesaran dia...slalu jeFiras jd bahan eksperimen...

Wednesday, April 25, 2012

Tuesday, April 24, 2012

.: E.L :.

Assalamualaikum...

Terpakse amik emergency leave arini, sebab dua-dua dak kecik ni demam. Semalam aku p klinik pakar kanak-kanak doktor kate dua-dua dak ni kene jangkitan tangan, kaki dan mulut. Firas start sakit tekak dari ari sabtu aritu, aku ingat nak batuk @ selsema. Tapi dah 2 ari sama je, aku check dalam mulut dia ada bintik-bintik. Ishh...cam tak puas hati plak. So, hubby kate bawak pi check kat doktor la. Sah! mang kene penyakit lain. Bila doktor kate penyakit ni mudah berjangkit. Aku dah risau dah, takut berjangkit kat adik dia. Suh doktor check. Ermm, confirm kene dah!. Tanda-tanda tu pun dah ada. Cume kami je tak tau sebab sebelum ni tak penah pun kene jangkitan ni, so tak tau la tanda-tanda dia camne. Doktor bagi Firas cuti seminggu tak yah p skola, takut berjangkit kat kawan-kawan skola dia plak. Dan kebetulan plak, mak mertua tak sihat, dia kate nak rehat arini, nak tak nak terpakse gak aku amik e.l, hubby plak dah amik cuti semalam. Takkan nak amik cuti lagi. Berkorban tuk anak-anak takpe kan?


.: Kursus Perancangan Strategik Khidmat Pengurusan :.

Assalamualaikum...

Picture sepanjang kursus "Perancangan Strategik Khidmat Pengurusan". Semua staf dibawah Unit Khidmat Pengurusan menghadiri kursus ni. Tempat tak jauh mana pun kat dalam bangunan KOMTAR je. Senang semua bley p. 

Ada orang amik gamba so, "senyum....". 


Ni plak bos UKP I, En. Meor Hamzah bin Abdullah Sani, selaku penceramah pada hari tu. Bos UKP II cuti bersalin 3 bulan, so sepanjang dia cuti, bos UKP I yang cover keje2 bos UKP II. Tapi, aku respect kat dia, sebab otak dia cerdik sket. Semua benda dia tau. Tanya apa je la kat dia, confirm dia tau jawap. Kami suke kate dia "cikgu besar", bukan setakat badan dia besar, tapi kalau masuk bilik dia mang tak bley sekejap, paling kurang pun setengah jam. Tu belum lagi kalau dia bukak kelas plak. Kalau dia dah start pegang maker pen, ha amik la ko, berejam la dalam bilik dia.


Ni plak sesi soal jawap, ha ko!, bile masa plak la urusetia ni snap gamba aku angkat tangan, aku pun tak perasan. Kalau tak salah, aku tanya soalan pasal penggiliran untuk jaga kaunter. Sebab jadual kaunter aku yang buat. So, selalu sangat la ada yang tak puas hati dengan jadual tu. Tak fair la. Susah kan nak puaskan hati semua orang.

Monday, April 23, 2012

.: Penghargaan Kepada FollowerKu :.

Assalamualaikum...

Sebagai tanda penghargaan dan ucapan terima kasih, aku buat satu lagi blog tuk korang semua yang telah selamat menjadi Follower ku. So, aku bley la ber'blogwalking' kat blog korang semua. Senang sket kan. Ada sebahagian follower tu aku tak dapat nak link la blog korang. Andai kata la korang ter'terjah kat "Sahabat Blog HaryatiFaizal", dan mendapati blog korang takde kat sini, korang tinggalkan je link blog korang kat ruangan komen. Nanti aku update lain. Ok, Terima Kasih semua!.



Sunday, April 22, 2012

.: Gamba Orang Baru :.

Assalamualaikum


Ha, ni la gamba, baby yang semalam aku citer tu. Selamat datang baby boy!. Nama dia tak diputuskan lagi oleh kedua ibu bapanya, Nama dah ada dah, tapi aku rase cam panjang sangat so, aku kate kat adik, jan buh nama sampai 4 nama, nanti nak isi borang apa-apa susah. Takat 3 nama tu ok lagi. So, setakat ni aku panggil dia dengan nama Muhammad je la ye. "Erm, bila tah makcik yati nak p tengok Muhammad ni?". "Tunggu makcik balik kampung ye Muhammad".

Saturday, April 21, 2012

.: Orang Baru :.

Assalamualaikum...

Selamat pagi semua, syukur alhamdulillah kita masih diberi peluang untuk melihat dunia ni. Dan subuh tadi kul 2.40pg aku dapat sms daripada adik aku, dia kate wife dia dah selamat bersalin. Maka lahirlah orang baru dalam family aku. Diaorang dapat baby boy. Ermmm boy lagi?. Ramai la hero-hero nenek Baniah ni. Whatever pun, syukur alhamdulillah.

Bila nak dapat cucu perempuan tah?, asik jantina yg sama je kan. Tapi semua tu kan anugerah Allah gak kan?. Syukur la kan?. Gamba baby tu adik aku tak send lagi nanti kalau ada aku update lain k.

p/s: sonoknye dapat baby kan? :-)

Friday, April 20, 2012

.: Doa Dijauhkan Sebarang Mudarat :.

Assalamualaikum...

Salam Jumaat semua. Alhamdulillah Syukur kepada Allah S.W.T kerana kita semua masih diberi peluang untuk berada di muka bumi Allah ini. 

Ok, kat entri ni aku nak share sikit pasal Doa untuk dijauhkan dari sebarang mudarat. Jom kita praktikkan dalam kehidupan kita. 


Thursday, April 19, 2012

.: Nak Pegi London??? :.

Assalamualaikum..



Anda nak p London?
Senang je jom join >> SINI <<
Semua syarat-syarat dan cara untuk menjejakkan kaki ke London ada kat situ.
So, apa lagi???

.: Part 3 : Review Blog Mfiras Firdaus :.

Assalamualaikum...


Entry ni sebenarnya khas aku buat tuk mengingati balik mase memula aku menulis kat blog "Memori Terindah Muhammad Firas Firdaus bin Faizal" tahun 2007. Dan...aku ingat nak "delete" blog ni pas aku abis copy sume kat blog ni. Sekian, terima kasih.




19 Jun 2007


Firas pandai berdiri sendiri...




Dah 3 ari Firas selsema nasib baik dia tak batuk n demam...sian dia siang bley tido, malam je susah nak tido asyik terjaga je...idung dia sumbat kot...pastu smlm aku balik keje...seronok sgt tgk B tengah amik gamba Firas bediri sendiri...lama gak dia berdiri...dh tak bley imbang br dia duduk...posing cam model plak...hihihi...comel sgt...
Lagi 1 klu ibu ngan ayah dia dh balik keje...time tu dia ngantuk dia bley tahan tak mau tido...baring nak minum susu pun tak mau...sanggup minum sambil duduk...isshhhh bertuah btul anak ibu ni...yang dia tau bl ibu ngan ayah dia dh abis keje...mesti balik umah naik kete...dia suke sgt naik kete...lg2 klu balik malam...suke sgt tgk lampu2 kat jalan...wpun dia mengantuk dia tahan gak, kdg2 smpi jatuh tergolek...dh nangis baru la nak tido...
ermmm...gigi Firas pun dh nak tumbuh...jap lagi tumbuh gigi ngan pandai jalan...ermm tak menang tangan la ibu ngan ayah dia...nak jaga...sat lagi...nak kejar dia pun dh tak terlarat...iyela...budak baru dapat kaki mst nak berjalan je...tp takpe...dh mang camtu...fitrah dia kan, karang klu tak aktif risau gak...sakit ke ape ke...btul tak?eiii...tak sabarnye nak balik kampung...nak tunjuk kat mak...Firas dh pandai mcm2 dah...

Wednesday, April 18, 2012

.: # 22 : Wordless Wednesday :.

Assalamualaikum...


Mengimbau kembali kenangan lama, tahun 2007 @ Pangsamurni Keramat Jaya 2, Kuala Lumpur

Tuesday, April 17, 2012

.: Cerita Pasal Rambut :.

Assalamualaikum...


Gamba pe tu??. Cer teka?. Rambut Fawwaz la. Ada apa dengan rambut dia?. Ada cerita sket pasal rambut dia. Last week la, balik kerja, aku rase cam pelik plak tengok rambut dia. Pasal pe nampak cam rongak sket kat belakang rambut dia ni?. 

Aku : Firas, rambut adik ni kenapa?
Firas : Tak tau.
Aku : Cube cakap ngan ibu, nape? ibu tengok cam kene potong je rambut belakang dia ni? Sape buat?
Firas : * Senyum, buat muka tak bersalah
Aku : Firas potong rambut adik ke?
Firas : * Gelak. ha'ah Firas gunting rambut adik. Esok Firas nak potong semua rambut adik, bagi botak.
Aku : Firas gunting kat mana? Umah Tok Mi ke umah ibu?
Firas : Umah Tok Mi.
Aku : Tok Mi tau ke?
Firas : Tau.
Aku : * Geram yg amat. Lain kali kalau ibu tau Firas buat lagi, ibu botakkan pulak rambut Firas.

Sekian.

Monday, April 16, 2012

.: Aktiviti Malam :.

Assalamualaikum...


Fawwaz bukannya kaler tapi dok conteng buku abang.




Aktiviti anak-anak di malam hari. Siang hari keje diorang adalah bermain. So, malam aku sakit ati kalau diorang buat semak, cukup la hanya siang je. Malam, tuk rehat, ulangkaji, wat latihan. Kadang-kadang kalau time cuti cikgu jarang bagi kerja sekolah tu yang kena beli buku latihan extra tuk firas wat latihan. Tak bley nak bergantung kat sekolah je. Yela, cuti tak buat apa, asik main je. Kalau tak sepah kan barang mainan takpe la, ni dia pun dua kali lima ngan adik dia. Geram gak!. Eja pandai tapi selalu sangat bunyi dia jadi lain. Tak ingat apa yang dia eja mula-mula. Kene kerap ajar dia mengeja. Tapi kalau bab matematik mang dia suke. Beli la berapa banyak buku latihan mang abis semua dia buat.

Sunday, April 15, 2012

.: Segmen : Blogwalking & Saya Nak Masuk Bloglist Promosi Blog :.

Assalamualaikum...

Macam pernah ada entri bergambar Gadis Pecinta Pink ni kan???. Blogger yang sama, cume yang tu sebab... korang baca la kat SINI. Ok, kali ni ada yang istimewa, korang nak join? Jom la. Untuk maklumat yang lebih lanjut klik je kat banner ni ok. Kita support kawan-kawan!




Saturday, April 14, 2012

.: Siapa Aku? :.

Assalamualaikum...

Kepada sesiapa yang belum mengenali empunya blog haryatifaizal.blogspot.com, aku perkenalkan diri semula ye. Namaku Haryati Hamzah. Dilahirkan, dibesarkan dan di sekolahkan di kampungku yang tercinta Tanjong Karang, Selangor. Sekarang ni dah bermastautin di Sungai Petani, Kedah. Anak ke 2 daripada 4 orang adik beradik.


Diijab kabulkan dengan suami tercinta Faizal Othman pada 27 November 2005, setelah berkenalan selama 5 tahun (di alam maya tau). Mungkin jodoh antara kami kuat kan, walaupun berjauhan, (aku di Kuala Lumpur, dia di Kedah) tetapi kami tetap bersatu juga. Bohong la kalau takde dugaan, mang banyak dugaan, tapi alhamdulillah, semuanya dapat di atasi dengan berkat kesabaran kami. Semoga ikatan perkahwinan antara kami akan berkekalan sehingga ke akhirnya, AMIN




Mempunyai tiga orang Putera ;

PUTERA PERTAMA
MUHAMMAD FIRAS FIRDAUS BIN FAIZAL


PUTERA KEDUA
MUHAMMAD FAWWAZ FIRDAUS BIN FAIZAL


PUTERA KETIGA
MUHAMMAD HAFIY FIRDAUS BIN FAIZAL



Pernah mempunyai blog dulu pada tahun 2007, yang menceritakan tentang perkembangan anak 1st, excited ada anak kan masa tu, hehehe.... so, semua nak diceritakan dalam blog, sebab...ada geng blog. Member housemate dulu masa bujang-bujang. Nama dia Jiha. Dialah yang ajak aku tuk menulis kat blog. Dan masa tu kerja kat company swasta lagi,adalah masa-masa yang free. Bila dapat keje kerajaan, ntah jadi malas plak nak update. So, kini aku kembali tuk memeriahkan lagi dunia blog, sebab aku mang suke menulis, jadi korang jangan la plak tak sudi baca blog aku ye, sangat-sangatlah dialukan tuk singgah, baca, dan jan lupe tuk komen. Ok, tu je. Sekian, terima kasih.


.: Terkejut! & Terima Kasih :.

Assalamualaikum....

Fisrtly, special thanks to adik Nor Aidatul Akmar @ Pecinta pink ^^ sebab menghargai akak sebagai follower yang ke-400!. Suke, suke, suke...tak sangka kan ada suprise plak sebab follow memfollow ni kan. Thanks adik. Semoga persahabatan di alam maya ni berkekalan, ok. Keep in touch ye!. So, sape yang ingin mengenali adik comei yang suke pink-pink ni, jom la terjah kat blog dia. 





Friday, April 13, 2012

.: Jom Baca Novel # 7: Sebenarnya Saya Isteri Dia! :.

Assalamualaikum...




Cinta pertama tidak semestinya akan bersatu walaupun masing-masing berjanji untuk hidup bersama. Itulah yang terjadi pada Syafa Aqira dengan Farish Adryan. Cinta yang pernah dipupuk sejak zaman universiti lagi akhirnya terputus di tengah jalan apabila Farish bertekad untuk memutuskan hubungan itu lantaran satu peristiwa hitam yang terjadi pada satu majlis yang dihadiri oleh mereka berdua.
Cadangan ibu kepada Farish iaitu Datin Farizah untuk berkahwin dengan adik lelaki itu terpaksa diterima dengan reda walaupun dia tahu yang mungkin perkahwinan itu tidak menjanjikan bahagia. Dia terpaksa dalam rela demi sebuah harga diri dan rasa kasih terhadap Datin Farizah.

"Aku buat semua ni kerana mama. Dan kau tu sepatutnya bersyukur sebab aku selamatkan maruah kau." – Firash Arshad.

"Ya, aku tahu Firash. Sepatutnya aku bersyukur sebab kau sudi kahwin dengan aku." – Syafa Aqira.

Laluan untuk mengharungi sebuah perkahwinan tanpa cinta bukanlah sesuatu yang mudah buat Syafa Aqira. Kehidupannya sebagai isteri langsung tidak dipedulikan apatah lagi perkahwinan mereka dirahsiakan atas permintaan Firash. Namun dia reda kerana kesibukan lelaki itu masih bergelar pelajar walaupun setiap kata-kata sinis yang terbit dari mulut Firash ditelan dengan rasa terbuku di dalam hati.
Semuanya mula sedikit demi sedikit berubah apabila kawan baik serta abang sepupu kepada Firash cuba untuk mendekati Syafa dan kala itulah Firash mula menyedari yang dia sudah mula menyayangi isterinya itu.

"Kenapa pulak tak nak ikut? Boring giler saya duk kat rumah tu. Ada baiknya ikut awak pergi tengok wayang. Lagipun bukan senang nak dapat tengok filem macam ni untuk hari pertama. Biasa kan full seat je. – Syafa Aqira.

"Ye ke? Atau awak risau takut saya pergi dating dengan orang lain?" – Firash Arshad

Dan kala rasa sayang dan cinta mula hadir, ada saja dugaan yang datang menimpa. Kehadiran abang tiri dan adik tirinya yang tidak disangka-sangka mengeruhkan rasa cinta yang mula terbina. Syafa akhirnya pergi membawa diri dengan hati yang terluka. Firash jadi nanar. Hidupnya serba-serbi tidak kena. Bagi Firash, Syaf adalah anugerah terindah di dalam hidupnya. Dia sanggup untuk berbuat apa saja demi mendapatkan kembali kepercayaan dari isterinya itu.

"Siapa nak tidur atas riba awak? Please lah! Tak ingin pun!" – Syafa Aqira.

"Betul ke tak ingin? Dulu okay aje sampai lenguh paha saya nak menanggung kepala awak. Takkan awak dah lupa kut?" – Firash Arshad.

Namun apakah cinta mereka akan kembali bersatu? Bagaimana pula dengan kisah adik beradik tiri Firash? Dan apakah bahagia akan terus menjadi milik mereka?

Thursday, April 12, 2012

.: Segmen Blogwalking & Review by Azriey :.

Assalamualaikum...



Jom join segmen ni...
Tuk syarat-syarat dan maklumat lanjut Klik je kat banner tu ok.
Senang je kan?

.: Part 2 : Review Blog Mfiras Firdaus :.

Assalamualaikum...


Entry ni sebenarnya khas aku buat tuk mengingati balik mase memula aku menulis kat blog "Memori Terindah Muhammad Firas Firdaus bin Faizal" tahun 2007. Dan...aku ingat nak "delete" blog ni pas aku abis copy sume kat blog ni. Sekian, terima kasih.





First Time Jauh ngan Firas dan Kembali Bersama Semula...

10 January 2007
Aku terpakse anta Firas kat Kedah sebab next week aku start keje so takde sape nak jaga mak kat kampung ada keje lain nak buat so tak bley jaga Firas...nak tak nak aku terpakse la anta Firas nun jauh kat Kedah...sedih mang sedih...tp nak tak nak kene gak la...


11 January 2007
Hari ni bas aku pukul 1.45petang, sedihnye nak tinggal kan Firas...ms ni Firas baru 2 bulan 2minggu, bayangkan la kecik lagi...masih perlukan kasih sayang ibu dia...ms aku nak g tu dia macam tau je...ibu dia nak g jauh dari dia...Firas nangis kuat sgt...lagi la aku tak tertahan...air mata ni laju je mengalir...sepanjang perjalanan nak g stesen bas tu, dlm kete mang aku nangis je...B pujuk kate sabar la...weekend balik la...tengok Firas...Dalam bas pun aku still sedih...tak tau nak kate ape...anak sendiri kan...Pastu mlm tu B kate Firas meragam gak...maybe dia rindukan susu ibu dia kot...Firas nangis je...sian btul la...aku pun tido bertemankan baju Firas...tu je yg ada...

*****
Aku rasa ari2 aku seterusnye sepi sgt takde dgr suare Firas nangis, merengek nak mintak susu...rasa kosong je...dan rs tak sabar2 nak tunggu ari Jumaat sbb nak blk tgk Firas...stp minggu aku blik...time keje asyik teringat je...mang tak bley lupe la...ari2 tanya Firas camne...maybe dia kecik lagi...so, senang sket nak jaga sbb tak kenal lagi org...sape yg jg dia yang tu la dia rapat...
Sampai la aku amik keputusan terakhir nak berenti keje...sbb dh tak tahan nak ulang alik stp minggu...penat satu hal...pastu tak puas jumpe Firas...Jumaat mlm naik bas pagi Sabtu sampai, ari Ahad petang dh nak blik kl...susah la...so 15 Feb 2007 aku last keje, and Alhamdulillah gak sbb bos nak bukak branch kat Kedah...so aku takyah cari keje lain la...cume tunggu ari nak keje je...16hb Feb aku g Kedah, 18hb Feb balik kl ngan B n Firas amik barang + balik kg Tanjong Karang jumpe nenek Firas...20hb blik Kedah semula...
Masa 18hb tu balik dr kl -Kuala Selangor, mlm tu Firas nangis je...tak tau nape...susah hati gak...mak la yg dodoikan dia tido...mlm soknye pun sm...pastu ms blik dr Kuala Selangor ke Sungai Petani...badan Firas cam panas je, rs lain macam je...demam ke?mlm tu mang sah dia demam...sok petang bwk dia g jumpe mak bidan nak mintak air...pastu mak bidan tu kate dia demam terkejut...dia maybe nampak something"....", patut la...nangis je...smpi demam2...pas jumpe tok tu alhamdulillah dia ok balik...
Aku ingat ms on the way dr kl - kuala selangor tu, kat jln ijok...Firas yg tido tibe2 nangis cam tekejut...dan ms tu gak area kul 7 lbh (maghrib la)...ermmm...kene ms kat situ la kot...
Ermmm...bermula la...kehidupan baru aku...:-) dapat bersama kembali ngan Firas n B...dapat hidup cam org lain yg ada family...seronok rsnye...kemana pegi mst bersama...tak tau nak kate seronok tu camne.....Tuhan je yg tau....
Yang paling beshnye aku dapat tgk Firas membesar depan mata aku sendiri........itu yg paling berharga dalam hidup aku.......

Wednesday, April 11, 2012

Tuesday, April 10, 2012

.: Dapat Tabung Duit! :.

Assalamualaikum...



Alhamdulillah, akhirnya dapat gak register nama anak-anak tuk simpanan ASB dan ASNB,
Lama dah nak buat tapi tak sempat je,
Sib baiklah aritu staff diorang bukak booth kat 3rd floor, tempat aku keje ni,
Bley la buat, bukan pe tuk simpanan diorang bile besar nanti,
Atleast ada gak simpanan walaupun sket...betul tak?

Siap dapat tabung lagi,
Cantek tak? Cantek tak? Hehehe...
Anak ada dua orang, so, wajib la dapat dua tabung,
kalau tak nanti confirm berebut.

Monday, April 9, 2012

.: Arini Bertugas Di Kaunter :.

Assalamualaikum...


Arini, turn aku bertugas kat kaunter, yeye... besh ke???
Errmmm... ok la...,
Biasa la, setiap bulan mang kene bertugas, ikut giliran ari la,
Bila dah bertugas makanya, keje-keje hakiki terpakse la aku tinggalkan wat seketika,
Dah la utang aku kat bos KP punye banyak, tak abis-abis lagi dari minggu sudah,
Bersambung plak ke minggu ni, tak tau la bl bley settle.

Sunday, April 8, 2012

.: Kejadian...Dulu :.

Assalamualaikum...

Salam hari minggu semua. Tengah dok boring-boring tadi, saje je aku check gamba-gamba lama dalam handset ni. Tetibe bile aku tengok je gamba si fawwaz ni, dan dan aku tergelak. Nak tau pasal pe?. Cube korang tengok dia pakai pe yang kaler biru tu??? Dapat teka tak???



Kalau korang tengok betul-betul kan, yang tu adalah plastik sampah tau. Hahaha, kejadian ni dah lama dah, masa aku dok umah sewa dulu. Fawwaz pun masa ni dalam lingkungan 7 @ 8 bulan camtu la.Masa tu hubby outstation, so aku kene tido umah mak mertua, ari sabtu pagi aku balik la umah sewa. Nak dijadikan cerita, aku terlupa nak bawak balik pampers fawwaz ni. Dah lama sampai umah baru perasan. Alamak! nak patah balik ni cam malas je... Ermm...carik gak kot-kot ada pampers extra kat umah. Tak de plak. Nak wat camne ha?. Last-last aku gunting plastik sampah tu, ku bubuh ngan napkin haha...jadi la cam kat gamba tu. Bijak tak???. Tapi sian kan, hangat wei... Petang tu gak aku p umah mak mertua aku amik pampers fawwaz yang tertinggal tu. Sekian, tu je cerita aku.

Saturday, April 7, 2012

.: MissShaStories & DifussionAnez Shoppe 1st Give Away :.

Assalamualaikum...


Jom Join ! Klik je kat Banner atas tu,
Banyak hadiah tau, So...jan la lepaskan peluang ni,
Support rakan blogger ok.

.: Salam Berhari Minggu :.

Assalamualaikum...


Camne arini? Cuti kan?
Pi mana? Ada plan? Mesti korang banyak plan kan?
Sebab weekend adalah ari2 yang ditunggu kan?,
Aku? keje kat umah ni lum settle lagi,
So, tak bley nak kluar lagi,
Hubby plak keje,
Ermm... nampak gayanya cam kene dok umah je kot arini.

Friday, April 6, 2012

.: BlogWalking :.

Assalamualaikum...


Kadang-kadang takde masa nak ber'blogwalking' ke blog kawan-kawan,
Bukannye malas, tapi masa tu kadang-kadang cemburu sangat,
Tak tau nape,
Masa dia akan ada bila anak-anak dah tido,
Masa tu la aku bley nak godek-godek blog orang,
Weekend??? Ermm... bley tp tu pun curik-curik,
Weekend slalunya aku gunakan masa tuk famili,
Sebab weekday, masa aku tak banyak ngan diorang,
Balik keje pun dah malam, camne?
Kadang-kadang, balik keje, diaorang dah tido,
Sok pagi plak, dah anta kat umah mak so, tak jumpe la,
Dan tak bley nak bersayang-sayang ngan diorang,

.: Info Sihat : Hilangkan Sakit Kepala :.

Assalamualaikum...



Masa aku check email aku tadi, dapatlah satu info ni pasal cara-cara tuk kurangkan sakit kepala.
Ok, tapi info ni aku dah ubahsuai sket dari segi perkataan la sebab yg aku dapat tu bahasa dia agak tunggang langgang sket.

Kita memiliki lubang hidung disebelah kiri dan disebelah kanan kan?
Anda rasa fungsinya sama tak?  Sebenarnya fungsinya tidak sama dan kita dapat rasakan perbezaannya; hidung sebelah kanan mewakili matahari (panas) dan hidung sebelah kiri mewakili bulan (sejuk) Jika anda sakit kepala, cuba anda tutup lubang hidung sebelah kanan dan bernafaslah melalui hidung sebelah kiri dan lakukan kira-kira 5 minit, InsyaAllah sakit kepala akan berkurangan.  Jika anda merasa penat, lakukan secara bergilir-gilir.Tutup lubang hidung sebelah kiri dan bernafaslah melalui hidung sebelah kanan.Selepas itu, anda akan merasa segar kembali. 

Thursday, April 5, 2012

.: PERLUKAN GAS MEMASAK??? :.

Assalamualaikum...




Perlukan Gas Memasak??? Hahaha....Call je 130088GAS(427) untuk order Gas Petronas.
Senang ngan Mudah kan???



.: Part 1 : Review Blog Mfiras Firdaus :.

Assalamualaikum....

Entry ni sebenarnya khas aku buat tuk mengingati balik mase memula aku menulis kat blog "Memori Terindah Muhammad Firas Firdaus bin Faizal" tahun 2007. Dan...aku ingat nak "delete" blog ni pas aku abis copy sume kat blog ni. Sekian, terima kasih.


Detik-Detik Kelahiran Muhammad Firas Firdaus!!!


26 Oktober 2006
Pengalaman sewaktu melahirkan Muhammad Firas Firdaus, pada 26 Oktober 2006. Aku g check up ngan hubby kat HKL masa ni Raya Aidilfitri yang ke-3, ingatkan pas check up kitaorg nak g jalan2 kat Putrajaya, tp pas doktor check sume baby dalam perut ni songsang, masa tu dh 36minggu so, nak tak nak dh kene bsalin gak…aritu gak aku masuk wad sebab appoinment operate tuk nextweek dah penuh…docktor kate kene masuk arini gak tuk memudahkan dapat tarikh nak bsalin (operate), sedih + takut + mcm2 rs ada…dh la ms tu aku tak makan lagi lapa sgt2…ptg tu baru makan nurse HKL bg makan…hubby la yg tunggu aku ms tu…nsb baik ms aku nak bsalin ni masa hubby cuti raya…klu tak mesti aku bsalin sorg2…sian kat aku…doktor kate mulai tgh mlm ni aku tak bley makan dah sebab maybe klu takde pape sok pagi nak masuk labor room…so 1st night kat hospital sedih sgt aku rs tak tau nape…sbb aku mang tak suke duk hospital…Mlm tu aku solat maghrib ngan isyak aku doa byk2 moga sumenye selamat sok…mlm tu aku tak bley tido…tp sonok gak sebab ramai member and byk bley share citer…ngan diaorg…
27 Oktober 2006 
Pagi soknyer aku bangun awal…sbb nak solat subuh…maybe ni solat yg terakhir sblm aku bsalin…ms doktor check pagi tu dia kate maybe tarikh operate ditunda sbb byk kes emergency sume anta kat HKL…pagi tu je ada dalam 5 kes..so, dia kate standby je la…
Tghari tu hubby datang ngan mak and adik…bl aku tgk je muke mak aku jadi sedih…terus aku nangis…tak tau nape…maybe smlm aku tido kat hospital tanpa hubby, tanpa mak…tanpa orang yang aku kenali…aku tunggu sampai tengahari…takde pun nurse panggil tuk standby operate, so dlm hati aku maybe Isnin la kot…sbb hari tu ari Jumaat, area pukul 4 ptg nurse panggil nama aku, dia mintak aku bersedia tuk ke labour room…so aku ditolak g labour room…takutnye…Smpi kat situ, doktor yg bertugas tu kate dh pukul 4 lbh so sepatutnye diaorg dh abis keje…diaorg taknak amik kes aku…dia mintak maaf byk2 kene tunggu smpi ari isnin la…kecewa sungguh aku rase…mang dia explain nape tak nak amik kes aku ni…pastu tibe2 tgh dia explain tu ada 1 doktor cine masuk…dia pun tanya nape…so diaorg terangkan nape…Pastu doktor cine tu kate…nak buat ape tunggu lagi patient dh ready takkan nak anta balik wad kot…teruskan je la…operation tu…doktor tu tanya aku, rs sakit nk bsalin tak? Tibe2 je aku rs lain macam tak tau la smada sakit perut sbb takut@ sebaliknye…doktor cine tu kate balik…hah patient dh sakit nk bsalin tulis kat report camtu…
So alhamdulillah berkat pertolongan doktor cine tu akhirnya aku masuk gak kat labour room…sejuknye…Ya Allah hanya Tuhan je yg tau…aku rs berdebar2 sgt…takut…nsb baik ada 1 nurse tu ajak aku sembang2 tuk hilangkan rs takut…lama jugak diaorg korek2 perut aku…terasa tp tak sakit la sbb dia dh bius dr pinggang ke kaki…dlm beberapa minit pastu aku rs perut aku mcm kosong…baby dh kuar dah…aku dgr diaorg sedut lendir dlm mulut baby pastu tepuk baby…dan baby aku menjerit…nangis…jap je…nurse bg aku kiss pp baby tu…rs sebak sgt…mang air mate aku kuar…tlalu hepi sgt… Pastu aku dibawa ke wad 3B…diaorg letak aku camtu je…dhla aku tak bley bangun…B Plak tak tau katne…aku doa byk2 moga2 B dtg la kat wad ni…kebas kat kaki aku tak ilang lagi so aku tak bley angkat kaki nak gerak…Alhamdulillah dlm area kul 7ptg diaorg sume dtg tgk aku…tp baby plak ada kat bilik nurse…sian mak tak bley tgk baby aku…
B dtg balik tgk aku pas solat maghrib, dapatla dia tgk baby kami, B azankan baby tu…pastu dia suapkan aku mkn, lapa sgt seharian aku tak makan langsung…mlm tu aku tak bley tido, takut sgt klu2 baby tu bangun mintak susu sbb aku tak bley bangun lagi…Baby kami, kami namakan Muhammad Firas Firdaus bin Faizal.
28 Oktober 2006 
Soknye doktor check aku ngan baby so far ok dia kate maybe bley kuar awal sebab sume ok…ada gak membe yg dtg tgk aku ms kat HKL antaranya Amy ngan Makcik dia,pastu E ngan Fizi… Pagi tu buat pertama kali aku menyusukan baby…mula2 tak pandai sangat…kekok…aku try gak…akhirnya dia bley isap…tp yg paling aku sedih bl malam susu tak banyak kuar…Firas mengamuk…jerit kuat2…aku risau org tak lain tak bley tido…g kat nurse, dia bg la susu formula…br la dia diam…mang rs serikla…duk HKL…aku mang paling tak suke duk hospital…rs nak cepat balik je…
29 Oktober 2006 
Still tak bley balik sebab ari ahad kan...so kene tunggu esok...boring sgt dok hospital...
30 Oktober 2006 
Ari Isnin petang aku kuar hospital…ingat nak g daftar nama Firas kat JPN tp dh ptg nombor pun dah abis…Sok pagi2 la kami g daftarkan nama dia sebelum balik Tanjong Karang. So malam ni kene tido umah Mak Su B la…
31 Oktober 2006 
Pagi 31hb tu kami pagi2 lagi dh sampai kat JPN(HKL) daftar kat situ tak ramai org sangat…pastu baru la kitaorg balik kampung…sampai kat kampung mak dah tunggu…suke sangat mak tengok Firas…mak la yg jaga aku sepanjang aku berpantang…Banyak btul dugaan ms Firas dalam hari (40ari), dia paling susah nak tido…asyik jaga je…siang mlm camtu, smpi aku kdg2 tak cukup tido…br je nak lelap dia dh tejaga…asyik nak menyusu je…B dapat cuti seminggu je pastu kene balik Sungai Petani sbb nak start keje dah…sedih sgt aku rs…sbb B nak balik…tinggal aku ngan Firas kat kampung…
17 November 2006 
Firas disahkan oleh Doktor Hospital Tanjong Karang, kene sakit kuning (jaundice) ms ni dh 22 ari dia lahir, so kene tahan wad...masuk wad lagikkkkkk........huhuhuhu...sian Firas kene tutup mata n duk dlm tmpat tu...dh la panas...dia tak tahan panas...asyik nangis....mlm tu aku tak bley tido sbb jaga firas...smpi pening kepala aku...
18 November 2006 
Mak dtg pagi ni...bwkkan bekal...aku nangis sbb sedih..jaga Firas...asyik nangis je...mak kate sabar la...dah kene letak kat tempat tu...dah la B takde kat sini, keje kat Kedah...sedih sgt2...Doktor check ujian darah Firas...dia kate jaundice Firas naik lagi...berbanding smlm...so kene kerap letak kat balang tu...so, nak taknak aku kene letak gak la wpun dia nangis...
19 November 2006 
Pagi ni doktor amik darah Firas lagi...maybe kurang kot dr smlm...so, tgahari tu alhamdulillah...doktor kate bley balik...yahuuuuu....aju sbnrnye dh tak tahan dok spital...tp still kene dtg lagi tuk check up, nak amik darah Firas sbb Firas dpt jaundice ms dah 22 ari Doktor takut ada sakit lain so, darah n air kencing dia kene hantar ke Hospital Klang tuk diuji...sbln pastu...alhamdulillah ujian darah n air kencing menunjukkan Firas takde sebarang sakit...