Tuesday, January 31, 2012

.: Part 2 : Cuti-Cuti Malaysia @ Melaka :.

Assalamualaikum semua,
Ok kita citer part 2 @ Melaka plak. Perjalanan kami dimulakan ngan melawat Muzium Samudera ngan Muzium TLDM, sebab hubby kate kalau petang takut panas sgt, sian kat budak2 ni...yela kan nak parking plak satu hal, kami parking kat Dataran Pahlawan, jauh gak nak berjalan, tapi terpakse gak la.
Ingatkan nak ajak budak2 ni nek Menara Taming Sari tp, firas ni takut plak...tak jadi le, tengok je la...


hubby tengah check map nak p banda hilir ikut jalan yg paling dekat, hari pertama tu guna gps, tp mengarut la...bawak p jalan yg jauh padahal dekat tettt je...



ni masa kat taman berdekatan Menara Taming Sari, ada kuda plak, firas penakut, aku suh dia amik gamba ngan kuda ni...tak mau, si adik ni pun ketaq gak, berani-berani takuttt...


hubby siap pegang lagi kuda tu, takde pe sbb ada org yg jaga kuda tu, cume dia pesan jan dok kat belakang kuda takut nanti kalau kuda tu terkejut, dia tendang...

ok sampai gak kat Muzium Samudera, masuk kene bayar RM3 dan budak2 RM1, jom kita jelajah ape yg ada kat Muzium ni. Besar gak ruang kat dalam kapal ni.




ni kat bahagian atas n tengah kapal


ni kat bahagian atas kapal, naik ikut tangga.


ni bahagian dalam kapal, suasana lampu dia suram-suram gitu...banyak la jenis2 kapal, sejarah-sejarah dahulu kala yang kita tak berapa tau, hehehe...masa skola dulu aku paling tak suke blaja sejarah, sbb banyak sgt fakta...tapi sib baik masa pekse lulus.



yang ni kalau tak salah aku bahagian kapal yg paling bawah skali...



Tiket masuk tuk Muzium Samudera bley diguna pakai tuk masuk ke Muzium TLDM, so pe lagi hubby ngan dak2 ni mang suke sgt ngan kapal2 ni, jom kita tengok...




ni kat bahagian luar bangunan Muzium TLDM, ia menempatkan kapal laut yg dah lama, dan tak digunakan lagi. Bley la nak naik tengok n ber'posing' sakan.




with mu luvly hubby...



Pas melawat muzium, singgah la kat bazar cenderahati. Pe lagi beli tuk kawan2 la... Lunch, kami makan kat food court Dataran Pahlawan. Okla, tapi tak sedap sgt, setakat alas perut jela, nak tak nak telan gak. Ok, habis dah citer kat Muzium...

Monday, January 30, 2012

.: PETUA Lagi... :.





KURMA BERKHSIAT UNTUK SI MANJA
Menurut kajian yang telah dijalankan oleh saintis Mesir, jus kurma dapat membantu memanaskan badan dan mencerdaskan otak serta membantu tumbesaran kanak-kanak. Kurma kaya dengan sumber zat galian dan vitamin seperti A, B, B1, B2, B3, Vitamin C & E. Kurma juga mengandungi unsur bebas lemak dan kolesterol, asid amino triptofan, glukosa dan sukrosa. Kandungan gula dalam kurma ialah sebanyak 50 hingga 57 peratus. Gula dalam kurma dikenali sebagai fruktosa yang akan dipecahkan terlebih dahulu oleh enzim sebelum bertukar menjadi glukosa untuk membekalkan tenaga kepada tubuh. Kandungan vitamin C dalam kurma pula dapat membekalkan sebanyak 230 kalori tenaga yang diperlukan oleh tubuh. Mengambil sebiji kurma setiap hari sudah cukup memberikan tenaga kepada kanak-kanak sedang membesar.


ELAK KENCING MALAM
Sekiranya anak anda sering kencing malam, berilah dia makan satu sudu madu yang dicampurkan dengan sedikit perahan lemon. Amalkannya pada waktu pagi dan sebelum tidur. Semoga anak kecil anda berhenti kencing malam.
RUAM

Ruam panas sering menyerang bayi yang baru lahir. untuk meredakannya, gunakan kanji nasi. untuk membuatnya, masak bubur nasi. Kemudian ambil sedikit dan letakkan ke dalam kain jarang. Ikat dan picit hingga keluar kanjinya. Sapukan air kanji tersebut pada ruam. Hasilnya ruam akan berkurangan
KULIT BAYI BERKERAK
Jika kepala bayi anda berkerak, ambillah segenggam kelapa parut dan campurkan dengan dua atau tiga ketul garam kasar. Masukkan campuran tersebut ke dalam perca kain dan ikat kemas. Ramas  sedikit sehingga keluar santan. Selepas itu sapulah ke atas kepala bayi dan biarkan seketika. Hasilnya kerak akan hilang dan dalam masa yang sama rambut bayi anda akan lebat dan hitam.

kredit dari Pa&Ma

.: Blur... :.

Assalamualaikum...
Arini baru start keje setelah cuti panjang minggu lepas. Ku rasa cam blur je... tak tau nak wat keje pe, sampai opis pun dok temenung lagi. "nak wat pe ha???". Cam takde keje je, haha...yela tu...punye banyak keje ko yg outstanding lagi. Buku servis tu ko tak update lagi. Saki baki tahun lepas yang ko tak sempat buat sebab ko wat keje kewangan. Ni dah abis tempoh ko tanggung keje...so, wat le keje yang ko tak wat lagi tu... :-)



.: Part 1 : Cuti-Cuti Malaysia @ Melaka :.

Assalamualaikum semua rakan-rakanku,
hehe...baru bley nak update la, sbb dah balik ke Seri Astana, tp sedih sbb terpakse tinggalkan makku yang paling aku sayang skali uwaaaa....itu la situasi yg aku alami setiap kali aku balik kg, biasa dah...

ok la, kita cerita pasal "Cuti-Cuti Malaysia @ Melaka". Perjalanan kami bermula pada awal pagi 21.1.2012, tak salah aku dalam pukul 7pagi camtu la, konon nak kuar 6.30pagi tapi biasala, ada anak2 kecik ni payah sket, ada je yang complete. Kami bertolak awal sebab takut jammed kat arah selatan, kalau dari utara p kuala lumpur tak jammed sbb kitaorang lawan arus, mang tahap selamat la.




ni la cara tuk menghilangkan boring, tak tau nak letak kat mana, so letak la kat atas tu, bley la layan movie...tak dirancang pun idea tu datang tibe2. Aku tak bley tido sebab takut hubby pun mengantuk, sbb takde geng nak bersembang hahaha, bersembang sangat le tu...takde maknenye slalu aku yg potpetpotpet, hubby kalau bawak kete mang jarang2 la bercakap. 


ni plak ragam anak-anak...




akhirnya sampai jugak kat Melaka, jejak gak kaki aku kat sini...alhamdulillah selamat kami sampai ke sini...



kami semua stay kat "Naza Talyya Hotel Melaka" seperti yg aku war-warkan sebelum ni. Ok gak hotel dia, tp time cuti-cuti ni mahal sket la...nasib kami la...tak pe la, bukan slalu pun kan???



malam tu kami p makan kat Dataran Pahlawan, firas nak makan Mc Donald, ikut je la selera dia... orang punye la ramai...order ayam goreng, yang pedas je ada yang original sume habis. Sib baik la firas bley gak makan. Kalau tau p KFC je pun takpe.

Pas makan hubby ajak p jalan-jalan area banda hilir tu, syok la malam dia...macam2 ada, meriah sungguh, ngan beca dia pelbagai kaler, lampu plak lip lap lip lap...dihiburkan ngan muzik plak, mang syok la... yang peliknye kan, anak-anak aku, masih larat lagi nak berjalan walaupun siang tu dah travel dari Sg Petani - Melaka, mang tak penat langsung. Balik hotel pun bley berlari2 lagi... dasyat sungguh la bateri diaorang ni.






tido ngan lena skali, pas seharian berjalan...



okla, tamat sudah cerita tuk ari yg pertama di Melaka...

Sunday, January 29, 2012

.: Sekilas...CANTIK :.

Assalamualaikum kawan-kawanku,
Arini aku nak share sket tip tuk cantik, semalam kan dok kemas bilik belakang, so aku terjumpe la majalah lama yg aku rase bley dikongsikan ngan korang sume.

Sekilas...Cantik

kredit from google.

BAGI ANDA YANG MEMPUNYAI GIGI KURANG PUTIH atau sedikit kekuningan, elakkan gincu yang mengandungi unsur warna kuning dan jingga.

SEBELUM MENYAPU PELEMBAB, pastikan wajah dicuci bersih terlebih dahulu. Pelembab baik untuk kulit kerana formulanya mampu menahan terik matahari pada wajah anda dan bertindak melambatkan proses penuaan.

BEDAK ASAS berfungsi menghasilkan wajah dah leher yang halus dan gebu. Pemilihan warna bedak asas perlu dititiberatkan. Anda disarankan untuk memilih warna-warna yang senada dan sesuai dengan kulit wajah.

OLESKAN GINCU WARNA MERAH JAMBU atau jingga untuk memberi kesan wajah yang lebih segar, khususnya di waktu pagi atau semasa melakukan aktiviti di siang hari.

LEMBABKAN KAWASAN MATA 2 kali sehari untuk melawan timbulnya tanda-tandanya penuaan. Losyen mata atau krim harus disapu setelah mata dibersihkan.

KETIKA MEMAKAI PENCIL EYELINER, buka mulut sedikit agar otot sekitar mata lebih relaks bagi memudahkan pensel digaris dan diratakan

Saturday, January 28, 2012

.: Rehat kat Umah :.

Assalamualaikum,
arini takde plan pe, cume berehat2 kat umah je,
penat semalam travel dari Tanjong Karang - Sungai Petani,
dalam berehat tu sempat gak aku ngan hubby bersihkan bilik belakang,
bilik yg akan digunakan oleh firas nanti.

akan ku belikan set katil tuk dia ngan adik dia,
anak ajar dah tido sendiri,
yela sampai bila nak tido skali kan,
takde privacy tau...hahaha.

Monday, January 23, 2012

.: MELAKA - TG KARANG :.

salam sume,
arini checkout from Naza Hotel, tp cam rs tak puas je berjalan kt melaka 3 ari 2 malam ni. takpelah next time bley dtg lg kan?, pas melaka pe lagi balik kg la, menemui emakku yg tercinta lalala..beshnye... so, citer kt melaka aku update nanti k, tk bwk lappy la, update gune samsung galaxy tab je, senang nk bwk, kecik je dan tak berat...k la bye sumer...


Sunday, January 22, 2012

.: Stay kat Naza Talyya Melaka :.

salam sume,
alhamdulillah kami sampai dengan selamatnya semalam, setelah mengharungi sedikit jammed  masa otw ke melaka ni. kami check in kat Hotel Naza Talyya. okla hotel dia...wifi free..haha itu yg penting!. arini aku ngan hubby plan nak p muzium samudera, zoo melaka, dan tempat2 yg berhampiran dengannya...ikut suka hatila satgi...okla..bye jom jalan2!





Saturday, January 21, 2012

.: Melaka! Kami Datang! :.

salam semua,
just nak update sket, kami sekeluarga otw p bercuti di melaka!. aku ngan hubby dah amik cuti  3ari so, campur cuti tahun baru cina 2ari jd seminggu le... nk rehat sepuasnya. amik kau! lame aku cuti, nk ganti balik utang aku last year aritu, kanke tak jd nk p bercuti ngan anak2, sdh tertunailah.. ok la, km br sampai shah alam..nanti aku update dr ms ke semasa k, bye!


Friday, January 20, 2012

.: Be Good to Yourself :.

Trust yourself. You know what you want and need.

Put yourself first. You can't be anything for anybody else unless you take care of yourself.

Let your feelings be known. They are important.Express your opinions. It's good to hear yourself talk.

Value your thinking. You do it well. Take the time and space you need. Even if other people are wanting something from you.

When you need something, don't talk yourself out of it. Even if you can't have it, it's ok to need.When you are scared, let someone know. Isolating yourself when you're scared makes it worse.
When you feel like running away, let yourself feel the scare. Think about what you fear will happen and decide what you need to do. When you're angry, let yourself feel the anger.

Decide what you want to do. Just feel it, express it, or take some action. When you're sad, think about what would be comforting.

When you're hurt, tell the person who hurt you. Keeping it inside makes it grow. When you have work to do and you don't want to do it, decide what really needs to be done and what can wait.

When you want something from someone else, ask. You'll be okay if they say no. Asking is being true to yourself. When you need help, ask. Trust people to say no if they don't want to give.

When people turn you down, it usually has to do with them, and not with you. Ask someone else for what you need. When you feel alone, know there are people who want to be with you. Fantasize what it would be like to be with each of them. Decide if you want to make that happen.

When you feel anxious, let yourself know that in your head. You've moved into the future to something scaryand your body has gotten up the energy for it. Come back to the present. When you want to say something loving to someone, go ahead. Expressing your feeling is not a commitment

When someone yells at you, physically support yourself by relaxing into your chair or putting your feet firmly on the floor. Remember to breathe. Think about the message they are trying to get across to you.

When you're harassing yourself, stop. You do it when you need something. Figure out what you need and get it. When everything seems wrong, you are overwhelmed and need some comforting. Ask for it. Afterwards, you can think about what you need to do.

kredit dari i luv islam

Thursday, January 19, 2012

.: Besday Muhammad Fawwaz :.

Salam, semua.

Hepi Besday to Muhammad Fawwaz Firdaus bin Faizal yang ke-2 tahun.

18.1.2010 : Area kul 2.30 pagi, tiba-tiba aku rase perut ni sakit cam senggugut tu. Isshhh...nak bersalin dah ke ni???. kejutkan hubby, dia plak kalut, tak tau nak watpe. Bley tanya plak “nak watpe ni?”. Dah confirm2 la kene p spital. So, siap2 pi anta firas kat umah mak mertua aku, suh mak mertu aku jaga. Yela sian kat dak tu pepagi buta, mata pun tak celik lagi. Sampai kat Hospital baru bukak 2cm. Tunggu punyer tunggu tak mau bersalin lagi. Sampai ke subuh pun sama, so doktor kate, tunggu sampai bukak 4cm. Tak bukak pun sampai ke sudah. Petang tu aku suh hubby beli air kelapa, konon nak bagi cepat bersalin tak mau dah tunggu lama-lama. Area kul 10 mlm perut ni memulas cam nak buang air besar. Sakit jap2, "isshhh tak bley tahan ni", aku refer kat nurse, bagitau cam nak bersalin dah, tengok2 dah nak 4cm so, kene p labor room. Ya Allah, tak penah rase lagi bersalin normal kan, yg 1st dulu operation. Mang sakit la, sampai dah tak larat la.

19.1.2010 : tepat jam 7.50pagi, Yes! Aku berjaya gak bersalin normal. Sebak wei, bl tengok baby tu...mang nangis la. Ya Allah besarnya kurniaanMu. Masa tu dah tak sakit dah. Rase lega yang amat. Bersyukur sangat2 sebab baby tu sempurna. Alhamdulillah.






ni fawwaz masa 1st day, cumil kan?






Wednesday, January 18, 2012