.:: Sahabat Blog ::.

Wednesday, November 30, 2011

.: # 6 : Wordless Wednesday :.

sapekah budak ini?

Tuesday, November 29, 2011

.: Fadhilat Ayat Kursi :.


Ayat Kursi:

Baca pada saat keluar rumah,
70000 malaikat akan menjagamu dari semua sisi
Baca saat masuk rumah, kemiskinan tdk akan memasuki rumahmu
Baca setelah berwudhu, darjatmu akan dinaikkan 70 tingkat
Baca pada saat tidur, malaikat akan menjagamu sepanjang malam ...
Baca setelah solat, maka jarak antara kamu dan syurga hanyalah kematian.

Sampaikan kepada orang lain, maka ini adalah sedekah jariah.
 Dan pada setiap orang yg mengamalkan, kamu akan ikut mendapat pahalanya sampai hari kiamat....

Sunday, November 27, 2011

.: Ulang Tahun Perkahwinan ke 6 :.

Salam Semua,
ku panjatkan Syukur Alhamdulillah kepadaMU Ya Allah,
di atas segala KuasaMu,
terima kasih kerana KAU pertemukan aku dengan insan yang bernama
FAIZAL OTHMAN,
yang kini adalah suamiku yang sah,
ayah kepada anak-anakku,
 MUHAMMAD FIRAS FIRDAUS dan MUHAMMAD FAWWAZ FIRDAUS,

27.11.2005 - 27.11.2011,
genap 6 tahun usia perkahwinan kami,
alhamdulillah syukur juga ku panjatkan,
 kerana ikatan antara kami masih teguh dan erat sehingga arini,
walaupun banyak dugaan dan rintangan yang kami hadapi,
ku harap ianya akan kekal hingga ke akhirnya.







Friday, November 25, 2011

.: Awal Muharram :.


MUHARAM adalah bulan pertama dalam tahun Islam (Hijrah). Sebelum Rasulullah berhijrah dari Makkah ke Yathrib, kiraan bulan dibuat mengikut tahun Masihi. Hijrah Rasulullah memberi kesan besar kepada Islam sama ada dari sudut dakwah Rasulullah, ukhuwwah dan syiar Islam itu sendiri.


Pada asasnya, Muharam membawa maksud 'diharamkan' atau 'dipantang', iaitu Allah SWT melarang melakukan peperangan atau pertumpahan darah. Namun demikian larangan ini ditamatkan setelah pembukaan Makkah (Al Baqarah: 91). Sejak pemansuhan itu, umat Islam boleh melaksanakan tugas dan ibadat harian tanpa terikat lagi dengan larangan berkenaan.


Peristiwa-peristiwa penting:


1 Muharam - Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah.
10 Muharam - Dinamakan juga hari 'Asyura'. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran.


Pada 10 Muharam juga telah berlaku:


Nabi Adam bertaubat kepada Allah.
Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit.
Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan.
Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud.
Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa.
Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara.
Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah.
Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya.
Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam.
Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun.
Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah.
Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar.
Hari pertama Allah menciptakan alam.
Hari Pertama Allah menurunkan rahmat.
Hari pertama Allah menurunkan hujan.
Allah menjadikan 'Arasy.
Allah menjadikan Luh Mahfuz.
Allah menjadikan alam.
Allah menjadikan Malaikat Jibril.
Nabi Isa diangkat ke langit.

DOA AKHIR TAHUN HIJRAH

Doa Akhir Tahun dibaca 3 kali pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Kesusahan bagiku dan sia-sia lah pekerjaanku menggoda anak Adam pada setahun ini dan Allah binasakan
aku satu saat jua. Dengan sebab membaca doa ini, Allah ampunkan dosanya setahun"

  



DOA AWAL TAHUN

Doa Awal Tahun dibaca 3 kali selepas maghrib pada malam satu Muharram.

Sesiapa yang membaca doa ini, Syaitan berkata :
"Telah amanlah anak Adam ini daripada godaan pada tahun ini kerana Allah telah mewakilkan
dua Malaikat memeliharanya daripada fitnah Syaitan".

Thursday, November 24, 2011

.: Pesta Pulau Pinang Kembali Lagi!!! :.


Pesta Pulau Pinang kini kembali lagi di tapak Pesta Sungai Nibong, Pulau Pinang. Pelbagai acara menarik telah disusun sepanjang pesta berlangsung dari 28 November 2011 sehingga 2 Januari 2012. Orang ramai dijemput untuk memeriahkan Pesta Pulau Pinang sempena musim cuti sekolah ini dimana, ibu bapa boleh membawa anak-anak berhibur dengan pelbagai hiburan yang disediakan di Taman Hiburan Euro Fun Park . Selain itu, pengunjung berpeluang membeli belah di gerai-gerai pelbagai jualan dan menikmati dan membeli pelbagai juadah dari penjual makanan dan minuman terkenal di Pulau Pinang. Pelbagai pertujukkan khas dan unik disediakan seperti pertujukkan gadis bersama ular, persembahan tayangan dan pameran 3D , konsert artis-artis terkenal tanahair serta persembahan kebudayaan pelbagai negara. Jangan lepaskan peluang anda untuk berhibur sambil membeli belah di Pesta Pulau Pinang 2011. Jom pi Pesta!

Tarikh : 28hb November 2011 - 2hb Januari 2012
Harga Tiket : RM 3.00 - Dewasa | RM 1.00 - Kanak-kanak
Masa Pesta : 6.00pm - 11.30pm
 
Untuk jadual penuh konsert dan persembahan serta maklumat terkini Pesta Pulau Pinang 2011 sila layari http://www.facebook/pestapulaupinang

.: Kenapa Hati Tak Bahagia??? :.

Salam semua,
Jom kita renungkan bersama;

Antara mazmummah utama yang menghilangkan bahagia di hati ialah :

Pemarah - paling mudah dikesan atau dilihat dan paling banyak di dalam diri manusia. Orang seperti ini jarang mendapat kawan dan hati tentunya tidak tenang.

Pendendam - tersembunyi iaitu ibarat mengumpul lahar di dalam dada. Orang seperti ini sentiasa mencari-cari peluang untuk membalas dendam hatta secara yang kecil-kecil sekalipun seperti sakitkan hati atau tempelak orang yang didendami itu. Sebab itu orang pendendam mudah kena sakit jantung.

Hasad dengki – amalannya hangus akibat hasad dengkinya itu kerana ia memiliki sifat ketuhanan.

Bakhil – sentiasa merasakan orang lain menginginkan harta, kesenangan, pangkat dll. dari dirinya. Contohnya sentiasa berdalih mengatakan ia tiada duit. Allah lebih sayang orang yang fasiq tetapi pemurah tetapi benci orang yang abid tetapi bakhil. Kerana walaupun fasiq, pemurahnya itu tetap memberi manfaat pada orang lain kerana kadangkala rezeki itu Allah beri melalui maknusia

Tamak - orang yang tidak puas dengan yang sedikit nescaya tidak akan puas dengan yang banyak kerana dunia ini ibarat meminum air laut…walau berapa banyak yg diminum tetap tak abis jugak…lagipun org tamak selalu rugi..Ingat! yang dikatakan harta atau rezeki kita bila ia dipakai atau digunakan oleh kita. Selagi tidak diguna iaitu disimpan, itu belum boleh dikatakan rezeki kita. (mungkin ada hak orang lain di situ) Biarlah rezeki itu sedikit tetapi mendapat keberkatan iaitu dapat dimanfaatkan.

Tidak sabar - andainya perkara yang kecil pun tidak boleh bersabar apatah lagi hal-hal yang lebih besar.

Ego - ibu segala mazmummah jadi ia membuatkan seseorang paling tidak tenang. Orang yang memiliki sifat ini pantang tercabar dari sudut zahir mahupun batin.

Riak - terseksa sendiri kerana sentiasa tercari-cari peluang untuk dipuji. Sentiasa menunjuk2 depan orang lain.

Cinta dunia – tidak dapat menderita, …dapat pun menderita kerana bila sudah dapat susah pula menjaganya. Berhartalah tidak mengapa tetapi kawal hati jangan diletakkan pada harta itu. biler mati cuma bawa amalan dan doa anak yg soleh/solehah… Cinta dunia merupakan “neraka dunia” kerana dunia itu “panas” akibat ia merupakan barang buruan dan rebutan. Jadi letakkanlah akhirat itu di hati dan dunia itu di tangan supaya dunia itu senang dibahagi-bahagi dan akhirat dibawa mati.

Wednesday, November 23, 2011

.: STATUS : HP SAUCE & TOBASCO SAUCE! :.

Salam Semua,
Makluman untuk semua umat islam,
mengenai status halal " HP Sauce dan Tobasco Sauce",


.: # 5: Wordless Wednesday :.


Tuesday, November 22, 2011

.: Firas dah KONVO :.

Salam Semua,
Alhamdulillah, Syukur....,
akhirnya dapat gak firas menghabiskan sesi persekolahan pra sekolah
tuk tahun 2011,
walaupun aritu dia masuk lambat dari kawan2 dia,
berkat semangat dia, abis gak sesi 2011 ni,
tahun depan skola lagi tuk 6 tahun



rasanye baru je semalam aku bersalinkan dia,
tengok2 dah 5 tahun dah,
cepat btul masa berlalu kan?
terindu plak saat2 dia masih kecik dulu,
jan jeles, aku mang suke budak,
suka sangat2,

ni masa memula pandai meniarap

ni plak masa dah pandai merangkak...


ni masa nak pandai berjalan, bertatih...

yang ni dah pandai berlari n memanjat....




ni gamba dia yang terkini...dah besar panjang dah kan anak ibu ni...

Doa ibu pada firas:
"semoga terus berjaya dan berjaya lagi, jadi anak yang berguna, anak yang soleh,
dan anak yang tau menghargai jasa ibu dan ayah".
AMIN...


Monday, November 21, 2011

.: Nak Didik Anak Tidur Sendiri :.

Salam Semua,
last friday kan, masa sesi "Renungan Pagi" kat ofis,
kak wan ada sentuh pasal didik anak tuk tido sendiri,
aku rasa cam berminat nak dengar sebab aku pun ada masalah
tuk didik anak supaya berani tidur sendiri,
dan sepantas kilat aku sms hubby,
"jom kita beli katil sendiri kat dak2 tu?, sebab start dari sekarang
nak kene latih diaorang tuk tido sendiri, 
senang gak tuk fawwaz stop susu badan",
hubby ape lagi sokong sakan la,
mang tu yang dia nak,

aku search gak kat internet cara tuk mendidik anak tido sendiri,
tapi tak banyak sangat info la,

apa yang bley menarik minat anak-anak tuk tido sendiri?
aku rasa ;

aku nak kaler bilik tu ngan kaler yang menarik, ceria,

belikan dia katil yang besar sket,
so bley tido skali ngan adik dia,
belikan dia cadar yang ada gamba kartun,

hias bilik dia cantik2,
kan ke ada jual stiker macam2, yang menarik kat tesco,
aritu aku dah survey dah...haha,

ermm...buh lampu tido yang cumil2,

buat permulaan, aku kene jadi peneman tido dulu kot,
sbb nak bagi diaorang biasa,
sbb selama ni kan dah terbiasa tido sama2 dalam satu bilik,
mungkin masih tak biasa lagi,

setakat ni hubby mang setuju sangat ngan cadangan ni,
firas pun dah nak masuk 6 tahun,
besar dah tu, nak kene berdikari sket,
adik dia plak nak masuk 2 tahun,
isshhh, kene bertindak ngan cepat ni,

mintak-mintak la semuanya ok,
nanti aku update lagi pasal benda ni ok,
samada berjaya atau tak,

dah kene tido sendiri ye anak-anak....

Sunday, November 20, 2011

.: Cuti Skola dah Start !!! :.

Salam Semua!,
cuti skola dah bermula!,
korang yang ada anak skola,
apa plan???, mesti ada plan baik punyer kan tuk anak2 korang?
aku???
cam korang jugak nak plan gak,
tapi tak tau nak p mana,
mana yang besh ha???,
yang tak perlu menginap,
yang hanya bley balik ari,
Zoo Taiping?, The Lost World of Tambun?,
ermm, The Carnival Sungai Petani,
tapi sure ramai orang kan time cuti2 ni,
nak balik kampung pun hubby tak bagi kata putus lagi,
bley ke tak?
firas dok tanya je, dah cuti skola panjang ni tak balik kampung
nenek ke?
rindu gak kat nenek dia ni,
last balik aritu pun masa raya puasa,


Friday, November 18, 2011

.: Susu Ibu :.

"Dan Kami wajibkan manusia berbuat baik kepada kedua ibu bapanya;
ibunya telah mengandungnya dengan menanggung
kelemahan atas kelemahan dan menceraikan susunya dalam masa dua tahun;
bersyukurlah kepada-Ku dan kepada kedua ibu bapamu;
dan kepada Aku-lah tempat kembalimu."
(Surah Luqman, ayat 14)

Air susu ibu ialah satu sebatian tiada tandingan yang diciptakan oleh Allah
demi memenuhi keperluan nutrisi bayi dan melindunginya daripada sebarang jangkitan.
Keseimbangan makanan berkhasiat dalam air susu ibu adalah
pada kadar yang tepat dan bersesuaian dengan tubuh bayi yang belum matang.
Pada masa yang sama,
air susu ibu juga kaya dengan nutrien yang mempercepat
pertumbuhan sel-sel otak dan perkembangan sistem saraf.
Makanan buatan untuk bayi yang disediakan dengan
bantuan teknologi masa kini tidak dapat menggantikan makanan ajaib ini.



alhamdulillah skang ni, aku masih menyusukan susu badan
kat fawwaz walaupun tak sepenuhnya,
fawwaz skang dah setahun 9 bulan, bulan januari 2012,
genap 2 tahun la,
so, aku dah nak kene ceraikan susu ni dari dia,
tapi tula cam payah je, berat je,
isshhh, hubby slalu kate "bila nak stop ni?",
"dah besar dah dak tu",
aku kate, "bagi la masa sket",
tapi, dh banyak kali dah masa yg aku amik ni,
kene bertegas gak la, nak stop susu ni,
kalau tak sampai bl pun tak kan stop,
insyaAllah bley kot.

Thursday, November 17, 2011

.: Berila Perhatian Pada Anak-Anak :.

Assalamualaikum kawan-kawan,
selama 5 tahun jadi ibu ni, banyak pengalaman yang aku dapat,
macam-macam kerenah yang dapat dilihat dari mata aku sendiri,
seronok dapat tengok anak-anak membesar depan mata,

anak sangat2 perlukan perhatian,
ceh cam nak bagi ceramah plak,
takde la aku just nak share je, sepanjang jadi ibu ni,

bagi ibu yang bekerja cam aku la kan,
siang dah keje, balik je dah lewat, maklum lah kedah - penang kan,
ada masa malam je tuk bersama ngan anak-anak,
tu pun sangat2 singkat la masa yg ada,

kadang-kadang bila dioarang tak tido siang,
malam diorang tido awal,
tak sempat la nak bersembang2 ke, nak melayan kerenah dia ke,
sedih gak, cume dapat tengok muke je,
pagi pun sama, tengah syok tido,
dah kene angkat, sbb nak anta kat umah tok dia,

so, time cuti je la masa yang aku ada untuk anak-anak,
diaorang ni kan suke kalau kita joint skali diaorang main,
tak caya ke? aku penah buat,
mang seronok, diaorang pun suke,

kalau dia balik skola cube tanya pape citer masa kat skola,
mesti dia akan citer kan arini, blaja pe,
buat apa, dia akan share ape je yg dia buat kat skola,
benda ni la yang akan bagi kita makin rapat ngan anak-anak,

kalau kita tak beri perhatian kat dia,
macam-macam ragam la dia buat,
cam aku la, bila aku bukak je laptop,
dan dan tu la dia mai dok skali,
bile kita wat tak peduli kan,
sat lagi dengar la jeritan-jeritan diaorang,

sebenarnya diaorang la yang menghidupkan suasana kat umah,
tanpa anak-anak, sunyi wei hidup,
so, hargai la anak-anak kita,

Wednesday, November 16, 2011

.: # 4 : Wordless Wednesday :.



Tuesday, November 15, 2011

.: Hari Keluarga dan Sukaneka Tabika KEMAS :.

Assalamualaikum semua,
hai, last saturday 12.11.2011, Tabika KEMAS skola firas wat
Hari Keluarga dan Sukaneka,
yang dijalankan oleh cikgu-cikgu praktikal,
pukul 7 pagi semua kene ada kat padang Balai Bomba, Tikam Batu,
almaklumla, tabika dia takde padang,
kene pinjam padang org lain,
sib baik arini cuaca ok je, tak panas sangat dan tak mendung,
takut gak kalau2 ujan turun tibe2,

banyak gak acara yang dijalankan,
antaranya bawak bola dalam sudu, isi air dalam botol,
cari gula2 dalam tepung, dimana ibuku, bowling padang,
bola beracun banyak lagi la,

firas menang no.2 acara berkumpulan isi air dalam botol,
lagi satu menang acara dimana ibuku,
haha yang ni aku kene joint skali la,
kene jerit kuat2 panggil nama firas,
firas plak kene tutup mata,
so, bl aku panggil kene cari la,
yang ni dia cepat la, menangla hadiah no.3,
sukan ni tuk suke2 je, enjoy ngan famili n anak2,
tapi sayang ayah dia takde, sbb outstation,
apapun tok mie dia ada, joint skali la...



acara baru nak bermula, cikgu nak bahagikan ikut group



firas tengah dok isi air dalam botol

yang ni plak kelaskan getah ikut warna, tp yg ni dia kalah



dah menang dahhhh....dapat la hadiah
fawwaz yang gedikksss...



teringin nak amik gamba ngan hadiah plak...


Monday, November 14, 2011

.: Sambutan Hari Lahir Firas :.

7hb Oktober 2011 aritu aku wat majlis sambutan sket
tuk raikan hari lahir firas yang ke 5 tahun,
saja wat masa tu sbb sume berkumpul umah mak mertua aku masa tu,
lagipun dia dok tanya, takde kek ke ibu,
kate besday firas, so aku ngan hubby belilah kek kat dia,
suke2 je...hiburkan hati anak-anak...





sementara nak tunggu acara bermula...tengok tv la pe lagi...


dah wat masa raya haji so, layan ketupat lerrr....

aku sedang membawa kek haha...

saat yang ditunggu dah tibe, acara nak mula dah...

firas dh standby nak tiup lilin dah....

dah tiup kene potong la plak, ibu la tolong potongkan...

fawwaz tolong suap kat abang dia, sayang sungguh kat firas

sangat suke fawwaz ngan azam ni, pantang ilang mesti cari katne...

Sunday, November 13, 2011

.: Suke Membaca :.

walaupun sikecik fawwaz ni tak tau lagi huruf,
tapi rajin sungguh kalau jumpe buku,
sure dia belek2, cam kita baca buku la,
konon2, membaca cara dia la,
bunyi tu bunyi la tapi cume dia je yang faham,







Friday, November 11, 2011

.: 6 Cara Mudah Membuat Anak Rasa Disayangi :.

Salam Jumaat semua,

Sebenarnya membuatkan anak merasa disayangi tidak memerlukan wang ringgit
atau perbelanjaan yang banyak.
Tidak perlulah anda membelikan hadiah yang mahal atau percutian
yang menelan perbelanjaan yang besar.
Malah, sekiranya kita membuat anak kita berasa tidak
istimewa sepanjang tahun,
barang mainan yang mahal atau jamuan hari jadi yang
dibuat di hotel lima bintang
tidak akan dapat mengubah perasaan yang dirasai anak kita itu.
Apa yang penting dalam jangka masa panjang adalah
perkara-perkara kecil yang anda lakukan setiap hari.

 Dekatilah anak-anak dengan cara ;

Ucapkan kata-kata sayang terutama dikala dia sedih.

Tunjukkan yang anda gembira bila berjumpa dengannya

Perhati dan akui perkara-perkara yang baik yang dilakukannya

Dengarkan kata-katanya

Luangkan masa untuk melakukan apa yang diingininya

Tunjukkan minat dengan apa yang diusahakan

jom kita praktikkan, mesti ada hasil dia kan.

Tuesday, November 8, 2011

.: 7 Perkara Tak Boleh Diubah Dalam Hidup :.

DALAM hidup ini ada tujuh hal yang tidak boleh kita ubah iaitu:

Jenis kelamin dan jantina
Memang boleh buat pembedahan untuk mengubah kelamin.
Tetapi tidak mampu mengubah roh (spirit) orang berkenaan.
Terimalah dirimu, sama ada engkau wanita atau lelaki.

Orang tua
Kamu mesti menghormati ibu bapa apa cara sekalipun!
Jika orang tuamu seorang pemabuk, kaki judi atau pelacur, hormati mereka!
 jika tidak situasi itu bakal terjadi dalam kehidupan kamu kelak.
Nasihat dan teguran memang tidak boleh berhenti.

Hari kelahiran
Sudah ditetapkan Allah, sebelum dunia dijadikan kita tidak boleh memilih tarikh lahir kita.
Ia memang sudah ditentukan dan jangan sesekali kita menyesalinya.

Bentuk Fizikal
Jika anda mempunyai rambut keriting, terima sajalah.
Jika hidung kamu kurang menarik atau kulit sawa matang terimalah seadanya.
Memang kita lihat ramai orang ingin mengubah bentuk wajahnya,
sama ada memancungkan hidung atau alis matanya dicukur habis
tetapi tetap kelihatan aneh dan tidak semula jadi.

Masa lalu
Ini juga sudah ditetapkan Allah.
 Jangan menyesali masa yang sudah berlalu melainkan untuk menjadikannya sebagai pengajaran.
Justeru, ‘berdamailah’ dengan masa lalu demi membina masa depan.

Kedudukan dalam keluarga
Kedudukan kita sebagai anak bongsu, sulung, atau tengah,
tidak boleh diubah dan terimalah seadanya.

Suku bangsa
Jangan sekali menyesal menjadi orang Melayu, Jawa atau Cina.
Sebenarnya perkara yang kita boleh dan mampu ubah adalah cara kita berfikir.
Jika berubah maka berubahlah hidup kita.



Ada lima resipi untuk melakukan perubahan diri antaranya:
Mulalah berubah supaya anda menjadi lebih yakin dengan diri anda sendiri.
Orang lain juga lebih yakin dengan diri anda.
Tidak mungkin jika kita mahu mengajak orang lain berubah padahal
diri sendiri masih berada pada takuk lama.

Lakukan perubahan secara perlahan-lahan.
Tidak dinafikan, sememangnya sukar untuk terus melakukan perubahan
dalam masa yang singkat atau dalam tempoh sekelip mata.
Jika ia dilakukan secara perlahan-lahan,

dengan izin Allah kita dapat berubah seperti yang diinginkan.
Walaupun perlahan, kita pasti dapat mengalami perubahan besar dalam diri.

Lakukan perubahan pada masa sekarang.
Jangan bertangguh untuk tempoh yang lama.
Ini kerana semakin lama kita bertangguh,
 ia menjadi semakin melarat dan susah untuk melakukannya.
 Perkara kecil jadi lebih besar jika ia terus dibiarkan.
Jadi, ambillah masa yang ada sekarang untuk berubah
dan mendapat hasil yang baik pada masa depan.

Berusaha untuk berubah dengan niat yang ikhlas dan lakukannya dengan bersungguh-sungguh.
Kita perlu memaksa diri untuk berubah dengan sepenuh hati.
Jika diri kita tidak dipaksa seolah-olah memanjakan diri untuk berubah.

 Nafsu kita juga menjadi semakin degil jika tidak dipaksa.
Kawal nafsu dan jangan biarkan ia mengawal diri kita.


Apabila kita sudah berjaya melakukan perubahan diri,
kita perlu mengulangi perubahan itu hingga ia sebati dengan diri kita.
Jika perubahan itu hanya dibiarkan begitu saja,

 kita hanya berjaya untuk berubah seketika saja dan selepas itu kembali ke takuk lama.

Jangan sia-siakan perubahan dan perlu sentiasa melakukannya.

Sunday, November 6, 2011

.: Kata-Kata Hikmah :.

salam aidiladha semua,
entri arini adalah kata-kata hikmah,
just nk share ngan korang,
kadang-kadang benda ni terjadi dalam kehidupan kita seharian,
jom kita renung-renungkan :-




“Jangan lakukan semua yang kamu ketahui, jangan berbelanja semua yang kamu miliki, jangan percaya semua yang kamu dengar dan jangan memberitahu semua yang kamu dengar.”



“Semulia-mulia manusia ialah siapa yang mempunyai adab, merendahkan diri ketika berkedudukan tinggi, memaafkan ketika berdaya membalas dan bersikap adil ketika kuat.”
 ~ Khalifah Abdul Malik bin Marwan ~


“Barangsiapa memusuhi orang yang di bawahnya, hilang kewibawaannya.”

“Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK.”



Saturday, November 5, 2011

.: Selamat Hari Raya AidilAdha :.


Salam Aidil Adha dari kami sekeluarga,
tahun ni tak balik kampung,
sbb raya puasa dah balik tg karang,
so aidiladha turn sini plak la,
hehe ikut giliran,
waaa...rindunye kat makkk!!!





.: Anak-Anakku :.

anak baru 2 org tp dh macam-macam ragam,
ada saja kerenah dia tiap-tiap ari,
kadang-kadang ok, kadang-kadang tak ok,
kadang-kadang dengar cakap, kadang-kadang nakal,
 korang tengok je la gamba2 kat bawah ni,
sume ni la ragam diaorang yg sempat aku snap,



ni kalau time aku tgh dok lipat kain,
abis sume baju dia punggah kluar,
yela nak amik bakul je,
suke sangat la masuk dalam bakul ni,



yang ni plak time memalam,
sume takde keje, so diaorg ni cari keje la,
ada saja, idea kat kepala tu,
konon-konon nak pakai telekung cam aku la,
aku ikat la bucu-bucu kain tu kat belakang,
jadi la cam telekung



dh penat main nak tido la plak,
si adik ni suke sangat la dok menyakat abang dia,
asal abang dia nak tido je,
kalut p tido kat bantal tu cepat-cepat,
mengusik la tu, abang plak jenis kedekut,
tak bagi la, terpakse la tido share bantal,
siap selimut lagi tau,



korang tengok buku pe dia baca,
buku tapaware aku la,
hahaha,
rajin la tu, takde makne nye,
menyepahkan umah adala,


dia dh boring tahap gaban dh ni,



pantang jumpe baju, mesti dia dok cari berus kat dalam bilik air,
nak buat pe???
basuh baju la, meniru...,
tiru aku la tu,




ni la buah hati pengarang jantung aku,
tak kisah la korang nak buat pe,
asalkan rumah ibu tak terbalik,
dah la...

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari