.:: Sahabat Blog ::.

Monday, October 31, 2011

.: Bila Anak Lambat Bercakap :.

 
kadang-kadang risau gak,
fawwaz tu dah setahun 9 bulan tapi bl cakap asik,
aahhh, eehhh, bl panggil aku ke, hubby ke, abang dia ke,
tak penah bunyi yg btul,
tp bila aku bg arahan btul plak dia buat,
suh amik barang pun dia tau,
tak penahnye salah, cume dia tak fasih lagi cakap,
sebutan tu takde lagi, yg bley di fahami,
semalam dia dengar kat astro, lagu pe tah
tapi ada sebut "ceria",
so aku dengar dia ikut, bunyi dia adala sket2 camtu,
cume tak betul lagi "seyia" gitu la yg aku dengar,
so, aku try search kat google berkaitan ngan masalah ni,
ni yg aku dapat dari http://anakkusayang.com

Cepat atau lambat bergantung pada anak
Namun selain dari aturan tersebut, cepat atau lambat seseorang anak itu mula
bercakap adalah bergantung pada dirinya sendiri.
Ada anak yang cepat, dan ada yang lambat.
Tidak semestinya mereka yang cepat itu adalah lebih bijak berbanding yang lambat.
Ada yang lambat mula bercakap tapi kemudiannya lebih petah dan berjaya
di dalam hidup berbanding anak yang cepat bercakap.
Ada anak yang mula awal, namun susunan perkataannya berterabur.
Ada pula yang lambat mula namun setelah mula, susunan perkataannya
lebih tersusun dan lancer berbanding yang awal tadi.
Sebab itu, melabel anak yang lambat bercakap sebagai anak yang
bermasalah adalah tindakan yang tidak tepat.
Sebaiknya biarkan mereka menangkap sesuatu pelajaran dalam masa mereka sendiri.
Biarkan ia berlaku tanpa paksaan dan tekanan.

 
Mengapa anak lambat?
Anak yang perkembangan fizikalnya cepat,
biasanya akan lambat sedikit mula bercakap berbanding anak yang
selalu diransang dengan percakapan dan selalu diajak berbual oleh ibubapa atau penjaga.
Mereka lebih berminat terhadap aktiviti berbentuk fizikal,
meneroka alam sekeliling mereka, meneroka kebolehan fizikal mereka.
Wajar sahaja perkembangan bahasa mereka sedikit lambat.
Mereka ini adalah anak yang cepat boleh berjalan, berlari, memanjat,
melompat, menendang bola, dan sebagainya.
Selain itu, anak yang terlalu ditekan untuk boleh bercakap juga
boleh jadi akan lambat boleh bercakap. Mereka tertekan dan akhirnya takut
untuk mencuba kerana harapan dan paksaan dari kedua ibubapa.
Apapun sebabnya, seorang anak yang lambat, biasanya apabila mereka mula,
mereka akan cepat dapat mengejar kembali kawan-kawannya yang lain.
Mereka juga akan dapat menyebut perkataan dengan lebih
jelas kerana mereka sudah lebih besar pada ketika itu.

 

Macam mana nak kesan ada masalah?
Jadi, bagaimana nak tahu yang anak anda termasuk dalam
golongan yang cuma lambat mula bercakap, bukannya mempunyai masalah
pendengaran atau masalah pertuturan yang kekal sehingga dewasa?
Menurut pakar kanak-kanak, cuba perhatikan anak anda,
berikan arahan-arahan yang mudah kepada mereka seperti “nak”, “duduk”, “bye bye”,
sekiranya mereka dapat memberikan reaksi yang sepatutnya,
maka anda tak perlu risau.
Mereka sudah pun dapat memahami bahasa dan membina
vocabulary (kamus perkataan) yang baik, cuma lambat dapat bercakap kembali.
Perhatikan juga adakah mereka dapat menggunakan bahasa badan seperti
bagaimana mereka ingin memberitahu kita yang dia nak menonton tv,
nak minum susu, nak tukar lampin, tak dapat mencapai permainan
yang dia mahukan dan sebagainya. Ia juga adalah tanda anak telah dapat
membina “bahasa” dalam pemikiran mereka.
Anda hanya perlu risau dan bawa anak anda untuk berjumpa
dengan pakar kanak-kanak sekiranya pada usia hampir 2 tahun,
anak anda masih belum dapat memahami dan memberi arahan-arahan mudah tersebut.
Namun apapun, kita tidak juga menidakkan perasaan seorang ibu atau bapa,
apabila merasakan ada sesuatu yang tidak kena terhadap anak,
sebolehnya luangkan sedikit masa untuk membawa mereka melakukan
pemeriksaan dengan pakar kanak-kanak di hospital.
Sekiranya betul anak mempunyai masalah ber”bahasa” samada mendengar,
memahami atau bertutur, maka mereka ada beberapa ujian yang
dapat menentukannya.
Anak yang mempunyai masalah perlu mengikuti terapi secepat mungkin.
Semakin awal mereka bermula semakin tinggi peluang mereka untuk pulih kembali.

Hanya boleh satu perkataan
“Anak saya hanya boleh menggunakan satu patah perkataan sahaja satu-satu ketika,
dia masih belum boleh membentuk perkataan lagi sedangkan ramai
kawan-kawannya yang telahpun mula bercakap dengan baik.
Adakah saya perlu risau?”
Jawapannya, tidak.
Tak perlu risau, apabila anak sudah boleh mula mengenal dan menyebut
perkataan yang sesuai dengan satu-satu keadaan, maka tak perlu risau,
dalam sedikit masa lagi dia akan mula boleh menggabungkan
perkataan-perkataan tersebut.

Bagaimana meransang anak bercakap?
Selagi mana anak boleh menggunakan beberapa patah perkataan,
menggunakan bahasa isyarat untuk berkomunikasi,
dan memahami arahan mudah, maka boleh dikatakan perkembangan
bahasa mereka adalah normal.
Apa yang boleh dilakukan untuk mempercepatkan
atau meransang perkembangan bahasa anak?
Pertama, perbanyakkan berbual dengan mereka,
membacakan cerita kepada mereka, bertanya kepada mereka,
cuba minta mereka bercakap.
Kedua, sekiranya mereka sudah mula bercakap satu perkataan,
ulang kembali apa yang mereka sebut dalam ayat yang sempurna.
Contohnya, apabila anak menyebut “nak”,
tanyakan kembali “Muhammad, nak apa? Nak susu? Nak mainan?”.
Atau apabila dia sebut “bola”, ulang kembali “Muhammad nak main bola?”.
Jadikan ianya kebiasaan.
Ketiga, jangan sekali kali memaksa mereka bercakap dan jangan
menunjukkan kekecewaan kerana mereka masih belum mampu bercakap.
Ingat, bahasa yang pertama sekali anak belajar adalah bahasa emosi dan memek muka.
Mereka lebih mahir membaca perasaan berbanding perkataan.

Sunday, October 30, 2011

.: # 2 : Jom Baca Novel ! :.

POST YANG KE-100!!!

sampai gak angka ni,
hepinyeee...!,
...
...
...
...

ada masa free bley la nak baca novel,
aku dah baca buku ni,
so far ok gak citer ni, pengolahan ayat dia tak membosankan,
dan takde la cam ayat budak-budak,
sentiasa nak baca dan baca,
jalan cerita dia gak ok,
besh, gembira sedih,
semua la...,




Sinopsis

PERKAHWINAN Maryam dan Arief bukanlah atas dasar suka sama suka, tetapi atas pilihan ibu bapa masing-masing. Sangka mereka, kedua-dua pasangan ini boleh serasi dan sehidup semati, namun lain pula ceritanya. Hendak menyesal tiada gunanya. Bergaduh-gaduh dan kemudian berbaik semula. Itulah rutin harian Maryam dan Arief. Apa sahaja yang tidak kena pada Maryam, akan diperlekehkan oleh Arief. Maryam bukan seperti yang disangkakan oleh Arief. Maryam seorang wanita yang penyabar dan sentiasa menjaga tatatertib sebagai Muslimah.

Arief pula kuat cemburu... cemburu buta yang tidak bertempat! Namun, maruah Maryam benar-benar diinjak apabila Arief sewenang-wenangnya melafaz kan cerai setelah terperangkap dalam muslihat sepupunya sendiri, Melissa. Sudah terhantuk, baru terngadah. Arief menyesal dan hilang arah. Rupa-rupanya bukan hanya sesaat dia mencintai dan merindui Maryam! Mahu merujuk kembali, Maryam pula sudah serik. Malah, lamaran Ustaz Zaid mengganggu fikirannya. Perlukah dia menerima sedangkan Arief tidak henti-henti memujuk? Namun, dalam saat begini, cinta dan kasih sayang nya terhadap Arief masih menebal di sanubari.

Saturday, October 29, 2011

.: A & W :.

salam semua kawan-kawan,
citer ari rabu baru nak update arini,
haha tak sempat la, kalau ari keje ke'bizi'an melanda,
lagi plak hujung-hujung tahun ni,
macam-macam benda nak kene buat,

rabu aritu kan cuti Deepavali,
so hubby ajak p makan kat A&W,
lama nak p tapi tak p, p, pun,
last p pun masa zaman remaja dulu,
haha giler punye lama... baru nak p balik,
kat Sungai Petani, tak banyak cawangan dia,
ni pun ada kat tesco,
alang-alang dah p beli barang kat situ,
p makan skali la...,
ok gak, 













pastu otw balik tu hubby singgah jap kat taman permainan,
lama tak bawak anak-anak kat situ,
tiap petang asik ujan je,
tak bley la nak p,
aritu cuaca elok, so takpe la, bagila anak-anak bersuka ria sat.




Friday, October 28, 2011

.: Jumaat Sudah :.

salam Jumaat semua...,
rasanye baru je Jumaat, dah Jumaat balik,
cepat tul masa berlalu,
macam tu gak ngan umur kita,
makin lama makin meningkat,
amalan???
dah cukup ke???
cer kita renungkan kisah ni...

MALAM PERTAMA...BERSEDIAKAH KITA?
 
Kita pasti dirisik..
Pertunangan sejak azali..
Di hujung hidup nanti..
Berlangsungnya perkahwinanmu dengan maut..
Hantarannya..
sakit dan nazak..
Tamu bertandang menghadiahkan esak tangis..
Pengantin dimandikan..
Dipakaikan baju cantik putih..
Wangian gaharu dan cendana..
Keranda jadi pelaminan..
Pengantin bersanding sendirian..
Di arak keliling kampung..
Berkompangkan azan dan kalimah kudus..
Akad nikahnya bacaan talkin..
Berwalikan liang lahat..
Saksi pula nisan-nisan..
Siraman air mawar..
Keluarga terdekat menepung tawar..
Tiba masa pengantin..
Menunggu sendirian..
Malam pertama bersama KEKASIH..
Di kamar bertilamkan tanah..
Dan Dia menuntut janji..
Sucikah kita tatkala berpadu..
Pernahkah taubat sepanjang hayat..
Atau terkubur bersama dosa-dosa...
Dan Dia Kekasih itu..
Menetapkanmu ke syurga..
Atau melemparkan dirimu ke neraka..
Bagaimana? Terasa hendak menjadi 'pengantin' tersebut?
Marilah bersama muhasabah diri.
Kita hanya insan, mudah terleka dek godaan syaitan...

Thursday, October 27, 2011

.: Hepi Besday to FIRAS :.

Selamat UlangTahun Kelahiran yang ke-5 tahun buat yang Tersayang,
Muhammad Firas Firdaus bin Faizal,
semoga kehidupan sentiasa mendapat keberkatan Allah S.W.T,
semoga anak ibu terus menjadi anak yang baik, cerdik,
taat pada ibu bapa dan menjadi anak yang soleh,
InsyaAllah...,
AMIN...


Monday, October 24, 2011

.: Apa Perasaan Korang KALAU... :.

kejadian masa weekend,
tak sempat nak update, aku p tesco ngan hubby n anak-anak,
biasala nak top up barang-barang keperluan harian,
elok plak baru pas gaji kan, cam ramai la sket orang,
so, biasala kalau troli tu tersangkut-sangkut,
kisah dia ni camni,
aku ni baru nak buh daun sup kat plastik,
lalu la satu famili ni ngan troli dia ni kat lorong aku ni,
tak bley la nak jalan sbb, ada pak cik sorang tu pun buh troli
kat area tu, aku tak perasan la memula tu,
dah dia pun tak kate pe,
 kot la kalau dia kata "tumpang lalu ke..."
bl aku sedar tu, aku kate la,
"sori, sori...", aku tengok muke ppuan tu,
aiii, siap buat muke plak kat aku,
hello, aku dah kate sori pun cukup bagus tau,
kot la nak senyum ke, kate takpe ke,
tak kate pe tapi buat muke,
tak tau la kot dia tu kedekut ngan senyuman,
nampak cam tudung labuh tapi,
adab kesopanan takde langsung,
tak kenal tak pe, tapi sesama islam, salah ke tuk senyum???
tak salah kan,
moral dia "senyum tu satu sedekah".

Friday, October 21, 2011

.: Luahan Perasaan :.

kadang-kadang keje kat ofis ni membebankan,
macam-macam benda nak kene settle,
tapi sumer tu tanggungjawab yang perlu digalas,
sebab menerima tawaran bekerja tu,
betul tak?,
cume kadang-kadang bl sumer beban diberi kat kita,
bley tahan ke? orang atas yang sepatutnya kena buat tindakan,
kita plak yang kene settlekan masalah,
sape la aku ni??? bl terjadi pape perkara orang bawah gak yg kene,
orang bawah gak yg dipersalahkan,
kenapa???
mang keje orang bawah yg buat, tapi arahan dari pihak atasan kan?
kadang-kadang tak perlu tunggu arahan pun,
kami buat gak, kalau tunggu tak tau tahun bl la,
gaji kecik tapi kene wat keje yang gaji besar punyer,
pe citer??
penat, penat sangat, dengan semua ni,
semua benda kena pikir sendiri,
aku perlukan motivasi pagi ni,
mang down sangat, mang takde mood ngan keje2 kat ofis ni,
tolonggggggg!!!!


Thursday, October 20, 2011

.: S.E.N.Y.U.M :.

apa tu SENYUM?,
perkara paling mudah sangat kalau kita nak buat,
tapi, tak semua orang bley buat betul tak?,
senyum tu anugerah Tuhan,
senyum adalah sebahagian daripada keindahan manusia,
senyum juga bley memberi seri kat muka tu,
muka bley nampak muda belia tau,
susah sangat ke, tak payah pakai duit tau,
penah dengar tak senyum tu satu sedekah?,
mesti penah kan?,
so senyum la, jan kedekut pada senyuman,
nak tau pasal pe aku wat entri ni,
sbb bila aku jaga kaunter, kene senyum setiap masa,
dan pengarah pun setiap kali lalu kat depan ni,
dia tak penah lokek ngan senyuman,
dari 1st dia masuk sini sampaila sekarang...



senyum-senyum la selalu...macam kami...hahaha

Wednesday, October 19, 2011

.: #3 : Wordless Wednesday :.




Tuesday, October 18, 2011

.: Cinta Elysa :.




tak sabar la nak tunggu citer ni malam ni,
makin syiok plak,
aiiissshhh....,
lakonan johan ngan fasha mang besh la,
setiap minggu mang dok tertunggu-tunggu citer,
hubby pun sama, tak penah miss lagi la tengok citer ni,
geram kat ziela bakarin tu, tak sedar diri,
tak bersyukur langsung dapat laki kaya,
berpoya-poya plak ngan laki lain...,
takpe kita tunggu episod malam ni plak,
rasenye suasana lagi genting.

Sunday, October 16, 2011

.: LOVE!!! :.


"True love stories never have endings." 
Love Quote by Richard Bach

"I love you - those three words have my life in them." 
Love Quote by Alexandrea to Nicholas III



"Love is a wonderful thing. You never have to take it away from one person to give it to another. There's always more than enough to go around." 
Love Quote by Pamela de Roy

Saturday, October 15, 2011

.: Ambillah Waktu Untuk... .:

Ambillah waktu untuk berfikir, itu adalah sumber kekuatan.
Ambillah waktu untuk bermain, itu adalah rahsia dari masa muda yang abadi.
Ambillah waktu untuk berdoa, itu adalah sumber ketenangan.
Ambillah waktu untuk belajar, itu adalah sumber kebijaksanaan.

Ambillah waktu untuk mencintai dan dicintai, itu adalah hak istimewa yang diberikan Tuhan. 
Ambillah waktu untuk bersahabat, itu adalah jalan menuju kebahagiaan.
Ambillah waktu untuk tertawa, itu adalah muzik yang menggetarkan hati.
Ambillah waktu untuk memberi, itu adalah membuat hidup terasa bererti.
Ambillah waktu untuk bekerja, itu adalah nilai keberhasilan.
Ambillah waktu untuk beramal, itu adalah kunci menuju syurga.


Friday, October 14, 2011

.: Gud Luck!!! :.



tu la hanapi @ hanap


buat sahabat yang bernama Muhammad Hanapi,
semoga maju jaya di tempat baru,
membe kat opis dapat tuka balik kelantan,
syok sangat la dia, dapat keje kat negeri sendiri,

memula dak ni lapor diri dulu kat HQ dulu,
nampak cam senyap tak friendly, nak tegur pun takut,
tapi bila dah lama2 tu, aii, bley buat kawan gak dak ni,
dok plak dekat ngan unit aku, kalau time ngantok syok la dok merapu ngan dia,
ingat lagi kalau aku jaga kaunter, time nak solat, aku panggil
je dia suh ganti sat, sure dia mai, tak kisah pun,
mang rajin tolong, aku dh anggap cam adik sendiri je,
umur pun bawah aku, 

tapi, sebulan dua, sebelum dia dapat tuka,
tibe2 dia jadi diam, aku pun tak tau pasal pe,
bl kitaorang tanya nape, dia geleng kepala je,
tanya gak kot2 kakak2 ni tsalah cakap ke,
dia kecik ati ke, dia kata takde pe,
pelik gak, aku pun jadi confuse,
kalau cakap ngan dia cam cakap ngan orang bisu,
gune bahasa isyarat,
last2, kitaorang biarkan je dia, kot itu yang dia nak,

minggu lepas bila dia tau dia dapat tuka,
seronok sakan, dan...dia bley cakap dah,
bley sembang cam biasa,
bley bergurau, tu yang kitaorang nak,
semoga dia terus gembira,
dan semoga dia terus berjaya la,
jan lupe kakak-kakak kat sini tau...!

Thursday, October 13, 2011

.: Cancel!!! :.

terpakse membatalkan niat tuk bercuti-cutian ngan famili next month,
waaawaaa !!!!,
atas sebab-sebab keje yang tak dapat dielakkan,
sib baik tak booking hotel lagi, baru je plan nak stay kat mane,
ingat nak book hujung minggu ni,
tapi dah cancel tak jadik la,
nak tau kami plan nak p mane???,
MELAKA....la kawan-kawan,
tak penah p lagi kan,
tengok dah tempat-tempat menarik yang kami nak p,
tak kesampaian lagi la nampaknya, kene tunggu next year,
takpe la, bukan sebab pe pun sebab keje kan,
Melaka 2012 tunggu kedatangan kitaorang tau!!!
InsyaAllah kalau masih diberi kesempatan dan kesihatan oleh Allah S.W.T.

Wednesday, October 12, 2011

.: Petua Hilangkan Batuk :.

Disebabkan batuk yang tak baik-baik, aku terpakse search kat google, carik la petua nak hilangkan batuk aku ni,
nyampah  tau!!! tak baik-baik, malam pun susah nak tido...isshhh... jom baca petua ni :

Ambil sedikit kerak nasi dan rendamkan dalam air suam. Apabila kerak nasi kembang, minum airnya. Amalkan setiap pagi.
Rebus beberapa biji buah pisang masak. Setelah lembik campurkan santan secukupnya serta sedikit garam dan perasa vanila. Setelah 20 minit, makanlah makanan tadi dengan mencampurkan sedikit gula. Selain anda mendapat kenikmatan suara anda semakin pulih.

Tumbuk segenggam daun pegaga, hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Minum dua kali seminggu.

Campurkan dua sudu teh madu lebah (pastikan ianya asli) dengan air suam. Kacau sehingga sebati. Kemudian minum tiga kali sehari.

Untuk batuk-batuk gatal terutama di kerongkong, ambil jus limau nipis. Kemudian campurkan dengan sedikit kicap dan madu lebah lalu diminum.

Ambil 1/4 biji buah pala, 1/2 biji limau nipis dan secamca minyak kayu putih. Buah pala diparut, limau nipis diperah, ambil airnya sahaja. Parutan buah pala dan perahan limau dicampur dengan kulit kayu putih. Gosokkan ramuan tadi dengan lembut pada punggung dan dada anak. Lakukan tiga kali sehari hingga seminggu.

Jika anda mengalami batuk yang berterusan, ambil lapan helai daun pudina (orang cina panggil bo ho) dan rebus dengan beberapa ketul gula batu selama lima minit. Minum airnya beberapa kali agar batuk anda tidak berterusan. Setiap rebusan mesti menggunakan lapan helai daun pudina.

Bagi menghilangkan batuk berkahak yang berpanjangan, terutama pada kanak-kanak ambil gula melaka, pecahkan kecil-kecil dan berikan pada anak anda dan makan seperti gula- gula. Lakukan beberapa kali hingga sembuh.

Bagi anda yang sering batuk-batuk, petua paling mudah untuk meredakannya dengan mengambil secamca besar madu lebah, lebih baik dicampur sedikit air tetapi jangan terlalu cair. Kemudian, campur sedikit perahan limau nipis. Sebaiknya, ia diminum setiap malam sebelum tidur.

Rendamkan sedikit kerak nasi dalam air suam. Apabila telah kembang, minum airnya pada setiap pagi.

Rebus beberapa biji pisang masak. Setelah lembik, campurkan santan secukupnya, sedikit garam dan perasa vanila. Kacau rata dan diminum airnya.

Tumbuk segenggam daun pegaga hingga lumat dan tapis untuk mendapatkan airnya yang pekat. Campurkan dengan gula dan embunkan selama satu malam. Air itu hendaklah diminum dua kali dalam seminggu.

Campurkan dua sudu teh madu lebah asli dengan air suam. Kacau sehingga sebati dan minum air tersebut tiga kali sehari.

Ambil dua sudu nasi panas yang baru masak. Masukkan nasi itu ke dalam cawan dan campurkan sedikit air. Embunkan nasi tersebut selama semalaman dan minum airnya pada esok paginya.

Ambil sebiji limau sunkist dan buatkan lubang berbentuk pangkah di bahagian tengahnya. Masukkan gula batu di lubang tersebut. Letakkan limau tersebut di dalam periuk di tengah-tengah nasi yang telah kering dan tutup periuk tersebut. Setelah nasi itu masak, ambil buah limau tadi dan makan sambil didahului dengan selawat. Ulang setiap kali memasak nasi sehingga sembuh. Selain melegakan batuk, nasi akan berbau harum.

Perah sebiji limau nipis dan campurkan dengan sedikit madu. Minum campuran ini setiap pagi sebelum sarapan. Amalkan sehingga batuk hilang.

.: Apa Korang Rase KALAU... :.

barang kesayangan milik korang, korang beli ngan duit sendiri???
sure besh kan, dan sayang giler ngan barang tu,
tak kisah la kecik ke besar ke,
tp yang penting dibeli ngan hasil titik peluh korang,
selalu kalau kita beli sendiri kita akan hargai kan?
betul tak???

Tuesday, October 11, 2011

.: Be Careful When Withdrawing at Bank :.

jom baca info ni!!!
terutama sekali kaum wanita...









Monday, October 10, 2011

.: Sakit Tekak :.

waaaa....batuk dah kembali!!!
tak sukenye...,
tak suke! tak suke! tak suke!,
malam tido pun tak lena,
kung kang, kung kang, kung kang,
isshhh, ingat aritu dah baik btul2,
rupenya mai pulak, nampak sangat badan ni tak kuat,
senang sangat penyakit ni nak mai kan,


Sunday, October 9, 2011

.: Fikir-Fikirkan lah!!! :.

KECEMERLANGAN itu bermula daripada KEBAHAGIAAN,
dan KEBAHAGIAAN itu bermula daripada keredhaan ALLAH,
manakala keredhaan ALLAH itu datangnya daripada semua perbuatan baik yang kita lakukan.

bagi yang tahu, yang susah itu adalah senang,
bagi yang tak tahu yang senang itu adalah susah,
tapi bagi yang tak tahu tapi mengaku tahu,
yang senang itu akan menyusahkan orang yang tahu.

lebih baik menjadi ketam yang menyuruh anaknya berjalan
dengan betul,
daripada menjadi ketam yang menggalakkan anaknya berjalan tak betul,
walaupun ibu dan ayah ketam tu tak pernah berjalan dengan betul.

pasangan yang paling ideal ialah antara isteri buta dan suami tuli,
tapi pasangan yang paling tak ideal ialah pasangan suami isteri yang membuta tuli.

ramai orang yang bersedia nak jatuhkan orang yang dah naik,
tapi tak ada orag yang sedia nak naikkan orang yang dah jatuh.

~ Dr. HM Tuah Iskandar al-Haj ~

Saturday, October 8, 2011

.: Macam-Macam .:

skang ni sikecik dah pandai giler glamer,
asik suh amik gamba je,
asal aku pegang hanset je, mesti kalut suh amik gamba dia,
kalau kita wat tak tau je kan, bley mengamuk dia,
dh besar banyakla ragam dia...,

cam kene suntik botox je hahaha




Friday, October 7, 2011

.: Indahnya Memaafkan & Menahan Marah :.

Salam Jumaat semua...,
jap je dah sampai Jumaat balik kan,
rasa baru je aritu,
entri arini aku nak sha ngan korang sume pasal memaafkan orang lain,
penah tak korang tak memaafkan orang sbb,
sakit ati ke, benci ke?
mesti ada kan???
aku pun tak terkecuali, hehehe...
tapi aku respect ngan membe lama aku masa kat JKR dulu,
dia kate, sebelum dia tido dia akan memaafkan semua orang,
dia pesan kat aku gak suh buat benda yang sama,
tapi aku slalu lupe...hehehe,
so aku share la info sket pasal maaf-memaafi dari http://www.iluvislam.com

"Tidaklah sedekah itu mengurangi harta,
dan tidaklah Allah menambah bagi seorang hamba
dengan sifat memaafkan kecuali kemuliaan,
serta tidaklah seorang hamba merendahkan diri
karena Allah melainkan Allah meninggikan darjatnya".
(HR. Muslim)

Nabi bersabda,
"Orang yang paling sabar diantara kamu ialah orang yang
memaafkan kesalahan orang lain padahal dia
berkuasa untuk membalasnya."
(HR. Ibnu Abiduyya dan Baihaqi)

Nabi bersabda,
"Tidaklah seorang itu suka memaafkan,
melainkan dia akan semakin mulia."
(HR. Muslim)

Allah berfirman,
"Dan bersegeralah kamu kepada ampunan Tuhanmu
dan kepada syurga yang luasnya seluas langit dan
bumi yang disediakan untuk orang-orang yang bertakwa,
iaitu orang-orang yang menafkahkan hartanya di waktu senang maupun di waktu sempit,
dan orang-orang yang menahan marah dan memaafkan kesalahan orang.
Allah suka kepada orang yang berbuat kebajikan."
(Ali Imran : 133-134)

Nabi pernah bersabda:
"Dilaporkan kepada Allah semua perbuatan manusia 
pada setiap hari khamis dan Isnin,
lalu Allah 'Azza Wa Jalla mengampuninya pada hari itu juga,
diampunkan setiap orang yang tidak syirik (menyengutukan)
sesuatu dengan-Nya, kecuali sesiapa yang sedang bermusuhan,
iaitu Allah berfirman untuknya:
Tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini,
sehingga mereka berdua berdamai ,
tinggalkanlah (jangan dihapus dosa) kedua dua (orang yang bersengketa) ini,
sehingga mereka berdua berdamai."
(HR Muslim)

"Dan jika kalian memaafkan dan tidak memarahi serta
mengampuni (mereka) maka sesungguhnya
Allah Maha pengampun lagi Maha penyayang".
(At Taghobun: 14)

"Dan hendaklah mereka memaafkan serta melupakan kesalahan orang-orang itu,
tidakkah kamu suka supaya Allah mengampunkan dosa kamu?
Dan ingatlah Allah Maha Pengampun lagi Maha Mengasihani". (al-Nuur: 22)

Thursday, October 6, 2011

.: Frust Giler !!! :.

tadi call JPA,
tanya pasal pertukaran,
still kene Q lagi,
sbb???
takde kekosongan kat tempat yang aku apply tu,
majoriti semua apply nak p area Seberang Perai Utara,
bl la nak kosong ni,
tak larat dah nak ulang alik ni,
Penang - Sungai Petani,
penat weiii...duit abis atas jalan je,
pastu firas 2 tahun lagi darjah satu, so kene prepare dah,
kalau boleh time dia skola tu aku dh dapat tukar,
senang sket nak uruskan persekolahan dia,
takkan nak harap mak mertua je, sian gak,
ni nak tambah anak pun nak kene pikir gak,
larat ke mak mertua aku nak jaga sampai 3org???4org???
nak anta nursery, aku pun balik lambat,
ada ke nursery yg nak ambik???
kene sabar lagi la nampaknye...
payah gak nak mintak tukar ni kan?

.: Rindu??? :.

rindu kat sape ni????
...
...
...
...
...

rindukan dunia valuation la,
tak tau pasal pe, tetibe rindu saat-saat aku blaja dulu,
rindu kat membe seangkatan, membe serumah 59-00-01,
aisshh, banyak btul kenangan dia,
suke ngan duka...,
bl sembang ngan membe yang keje berkaitan ngan valuation kat fb,
macam-macam citer aku dapat tau, macam-macam kerenah,
samala time aku and the geng wat assignment dulu,
susah payah nak carik bahan, kene p taman kat Pandan Indah,
value umah kat situ, wat perbandingan harga,
besh...besh...,
tapi rezeki aku ke arah lain,
bukan dalam bidang tu,
bukan tak bersyukur,
bersyukur sangat-sangat ngan rezeki yg ada skang ni,
cume sesekali teringat je hehehe,
pape pun good luck kat kawan2 yg keje ngan 
dunia valuation ok...


Wednesday, October 5, 2011

.: Simple Jer ! :.

Salam Kawan-kawan,
korang perasan tak sume entri aku pendek-pendek,
hehe, aku tak bley nak karang panjang-panjang la,
sbb aku tak punya masa,
kadang-kadang baru je nak mengarang,
tengah mood baik punye,
anak-anak dah potong line,
so ilang la mood mengarang tadi,
nak buat camne, biasa la kerenah anak-anak,
yang nakkan perhatian,
bl kita buat tak kisah je kat diaorang mulala,
buat pe'el macam-macam,
so, ape yang terlintas kat fikiran,
tu la yang aku share ngan korang,
kadang-kadang jeles gak ngan blog kawan-kawan,
panjang bejela, banyak btul la idea korang ye?,
apapun aku suke baca blog korang?
sape korang tu???
blog yg ada kat list blog aku,
ok la, setakat ni dulu,
babai kawan...



Tuesday, October 4, 2011

.: Jom Cuti-Cuti Malaysia!!! :.

Salam semua,
curik masa, curik masa,
nak update blog ni payah sungguh,
time rehat baru bley nak bukak hehehe,

ni dah bulan Oktober, bulan depan dah November,
budak-budak dah nak cuti skola,
so teringin nak bawak diaorang p jalan-jalan luar dari
Penang ngan Kedah,
awal tahun aritu dah plan ngan hubby nak ikut trip p Singapore,
alih2 tarikh nak p tu clash ngan tarikh Cubprix kat mana tah,
so tak leh p la, ermm...kempunan,
tu ingat nak suggest kat hubby,
nak p jalan-jalan kat Malaysia je ni,
bley kot kan???
last year dah p Langkawi tu pun ikut sbb ofis buat kursus kat sana,
aku angkut la sume skali p,
tapi tak besh sbb masa terhad, nak bejalan pun kena ikut diaorang,
tak pe la hubby kate lenkali p lagi,
tapi p ngan family je...ok gak,

so, tadi aku sempat la p google tempat-tempat yang menarik,
yang bley aku ngan family p,

antara yg dalam list aku:

COLMAR TROPICAL, Bukit Tinggi
macam besh je tempat ni kan, cam teringin nak p la,

Melaka : aku tak penah p lagi, ape besh kat sana ha???
banyak gak kan?, banyak tempat sejarah la kot,

Sarawak : kene booking flight, ada gak cita-cita, hubby kat maybe next year kot,
banyaknya plan, tak tau la tercapai ke tak?
tp kalau p ramai2 syok la, p sendiri tak besh sangat sbb tak tau jalan,


Kelantan : shopping besh la, sbb kakak ipar aritu p, dia kate kain murah,
borong sakan la dia, besh2...
ke nak p balik Langkawi ni???
alamak! dalam kedah gak,

Monday, October 3, 2011

.: Insiden 1.58a.m :.

tengah dok sedap-sedap tido,
tibe-tibe dengar sore budak menangis,
sore sape???
aku ngan hubby ni, yg tekejut terus bangun,
tu dia...tengok-tengok si kecik dah jatuh ke bawah,
hempap plak abang dia yg tido kat bawah,
si abang menjerit la... "ibu, perut firas sakit..wawawawaaa"
aku cuak gak, usap2 la sket perut dia,
sib baik ok, tak pape,
adik plak merengek je sambil mata mengantuk, hubby la yg angkat dia,
Ya Allah, camne bley jatuh,
firas mang tido satu bilik ngan aku tp katil asing,
mana muat, nak tido satu katil,
tu pun dalam usaha nak suh tido bilik asing,
sampai bila kan?
semakin hari semakin besar...

gamba yang takde kaitan ngan insiden malam tadi...

Sunday, October 2, 2011

.: Jom Baca Novel :.

aku baru je berkesempatan nak beli novel ni,
tapi tak sempat lagi nak baca,
jom baca sesama,
penulis dia AISYA SOFEA,
aku mang suke baca novel dia,
besh, ayat yang digunakan pun mudah difahami,
dan jalan cerita dia mudah dihayati,



ni sinopsis citer dia yg aku amik dari Alaf 21,

Sekian lama terpisah kerana masing-masing mengejar cita-cita, 
tidak mungkin Siti Mariam menerima cinta Izzat Hilman.
 Kenangan lalu yang sangat menghiris hatinya sentiasa 
bergentayangan di hadapan mata. Namun, si uda tidak putus asa. 
Si dara harus dimiliki walau apa pun yang terjadi.
Ya, mungkin ada rasa rindu di sebalik rasa bencinya terhadap lelaki itu. 
Namun, dalam diam, Siti Mariam masih tidak mampu membuang perasaan 
sayang pada Izzat Hilman. Ah, bila memikirkan wasiat arwah ibu lelaki itu,
 dia jadi nanar. Apatah lagi, kemunculan Khalidah bagai 
dirancang untuk memisahkan mereka. Hubungan boleh diteruskan, 
tetapi Siti Mariam meletakkan syarat. 
Mereka boleh bersama tetapi bersedia untuk berpisah. 
Tempoh yang diberi hanya tujuh bulan. Muktamad. 
Berat sungguh syarat itu! Namun, si uda tidak peduli. 
Si dara perlu akur cinta sejati mereka. 
Bagi Izzat Hilman, jodohnya bersama Siti Mariam sangat kuat.

“Abang cuma minta Mar bagi peluang sekali ini sahaja lagi, 
dan abang takkan sia-siakan Mar"

.: Suka-Suka :.

aku menulis kat blog ni tuk suka-suka je,
takde pe, aku suka share citer yg aku ada,
hobi menulis mang dari dulu lagi,
dari aku skola menengah sampai la ku universiti, aku suke tulis kat diari,
mang tiap tahun mesti beli diari,
aku rasa bila aku luahkan sume dalam tu hati aku akan tenang,
almaklumlah dulu zaman muda2 kan tengah syok becintan cintun,
maka banyak la citer suka duka dalam diari tu,
hehehe,
skang ni bila dah berkeluarga,
takde dah diari2 tu, tak sempat nak tulis2 dalam buku dah,
so, aku abadikan la dalam blog ni,
sume kisah anak2, kisah aku, kisah hubby, kisah famili,
terima kasih ye sesape yg sudi 
membaca blog aku yg tak seberapa ni,
terima kasih banyak2 tau!!!




Saturday, October 1, 2011

.: Melayan Anak-Anak :.

Salam semua,
jap je dah masuk bulan oktober kan?
arini takde plan nak p mane-mane, just dok kat umah je la,
aktiviti seperti biasa, waktu cuti adalah:
buat sarapan pagi + tengahari, baju kotor sume masuk mesin basuh (auto kan),
ku bubuh je semua, kecuali baju hubby yg kene rendam dulu,
kene basuh ngan tangan sbb uniform keje dia kaler putih,
tau2 jela, kene tonyoh ngan berus baru bersih,
2 kali basuhan baju, baru siap sume,
pe lagi, time sidai baju plak la,

citer pasal anak-anak plak,
aritu aku beli tikar,
lama dah aku cari tikar yg ada gamba jalan ni,
tapi tak jumpa,
lastly, membe ofis aku si farah tu jual plak,
kebetulan la, so aku beli dari dia la,
suke sangat la budak2 ni bley main atas tikar tu,



fawwaz ni asal aku amik gamba je, dia kalih lain tu yg dapat amik gamba kepala dia je...


Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari