.:: Sahabat Blog ::.

Friday, September 30, 2011

.: Mutiara Kata #3 :.




Bahagiakanlah keluarga kita sebelum membahagiakan orang lain.

Kekuatan cinta yang tulus mampu menggerakkan lisan untuk senantiasa berterima kasih kepada pasangan, anak ataupun ibubapanya.

Barangsiapa bersusah payah mencari nafkah untuk keluarganya, maka dia adalah seumpama seorang mujahid dijalan Allah.

Bagaimana kita bersikap kepada anak-anak kita, begitu pulalah mereka akan bersikap kepada kita. Maka berikan sikap yang terbaik kepada mereka

Kebahagiaan sesuatu keluarga bukanlah diukur dari segi mata-benda, tapi sejauh mana keta'atan keluarga kepada Allah

Thursday, September 29, 2011

.: Baby Gurl : Part 2 :.

asik citer baby gurl je....,
pesal ha???
pagi ni hubby sms, nak tau pasal pe?,

"ayang, malam tadi b mimpi ayang pregnant baby girl, kembar plak tu",

hahaha, gelak besar aku,
aii, tak sabar ke nak tengok wife dia ni pregnant ke?,
kate tak mau lagi, nak tunggu sikecik tu besar la,
tau-tau dia plak yg mimpi, hah kene jadikan realiti tu...,
btul tak???,
tp tak bley la kembar, sbb takde keturunan yg kembar,
belah aku takde, belah hubby pun takde,
tp...kalau ditakdirkan camtu, pe salahnye...,
mau-mau...,


 

Wednesday, September 28, 2011

.: #2 : Wordless Wednesday :.




Tuesday, September 27, 2011

.: Mood Sayu, Sedih... Part 2 :.

nak tau kejadian ape yg menimpa aku ms balik keje tadi???,
sambungan dari entri aku pagi tadi,
si biru tu mang dah sakit sgt2,
aku try idupkan dia tadi takmaunye dia idup,
10 kali aku start sama gak, tensen aku,
pehal la arini mood dia pun tak baik,
nyesal aku bawak dia pagi tadi,
kalau ku tau la nak jadi camni tak ingin la ku bawak dia pun takpe,
call hubby bagitau biru ni tak bley start,
cuak gak, dah la balik sorang2,
kalau dia nak mai tengok pun tuu dia punye jauh nak mai, tok sah la,
so, terpakse la aku mintak tolong abang yg jaga kat parking tu,
suh tengok pe yg patut, dia kate bateri kot,
takpe la, last2 dia tolong tolak biru tu,
idup gak akhirnye, selamat gak aku sampai ke Tikam Batu.

.: Mood Sayu, Sedih... :.

apalah nasib kau wahai biru???
apa lagi yang tak kene ngan kau ni biru?
aku pun tak tau,
macam-macam benda jadi kat kau,
satu persatu, sakitkah kau?
tapi, doktor kate kau sihat, kau ok,
ape yang tak kene, aku pun pening kepala,
ingatkan pas kene kuarantin 2 minggu kau makin sihat,
tapi pagi tadi, kau cam sakit lagi,
adduiiii... kan senang kalau aku tau sakit kau,
aku baru berhajat nak tukar baju kau,
tapi bl jadi macam ni nak kene bagi kau sihat dulu la,
semoga balik nanti kau sihat la wahai biru.
korang nak tau sape biru tu????
...
...
...
...
...
...
...
...

p/s: biru tu adala kancil aku yang cumil...

Monday, September 26, 2011

.: # 2 : Bila anak dah makin Bijak :.

Assalamualaikum,
cerita pagi tadi,
hubby tak balik outstation lagi, so pagi ni cam kalut sket la,
nak angkat brg2 dak dua orang ni, nak angkat dak2 ni yg tgh sedap tido lagi,
sian, tp kene gerak gak, kalau tak, tak larat nak dukung,
sampai umah mak mertua ujan plak, sib baik gerimis je,
dah anta diorang, si kecik mengamuk plak nak ikut p keje,
mengamuk stail guling-guling, jerit-jerit,
sian, tapi nak kene p keje gak, kalau tak lambat la nanti,
tu la bila anak dah semakin bijak,
macam-macam kerenah, tp yg aku ingat sampai arini,
tak penah2 sikecik tu kiss aku, tp mlm tadi dia datang-datang kat aku je,
dia terus kiss sungguh2,
terkejut gak, cam tak pecaya,
betul ke ni???
sbb pe...,
sebelum ni kalau aku suh kiss kan, asik geleng kepala je,
tak maunye dia nak sayang2 ni,

 

Sunday, September 25, 2011

.: Baby Gurl??? :.

Assalamualaikum semua,
ok arini aku nak share satu citer,
malam tadi sebelum tido aku saja la tgk gamba yg aku amik 
kat dalam hset, budak2 ni pun tgk skali,
hubby takde, tido ngan anak2 la,
tibe-tibe bl ada gamba baby, fawwaz ni sronok sangat la,
dok tunjuk2, jerit2, eksaited, siap cium screen hset lagi tu,
gamba baby yg aku amik tu gamba fawwaz masa kecik la,
bukan tu je, klu kat tv ada gamba baby, alaa...iklan pampers pe tah aku tak ingat la,
sukenye dia, so si abang ni (firas) kata la kat aku,

"ibu, adik suke baby la..."
"nanti kalau ibu beranak lagi, ibu beranak baby perempuan tau..."
aku terkedu..., dia ni biar betul,

aku tanya la kat firas,
"nape firas nak baby perempuan???"
"firas suke baby perempuan"

hah kau amikkk..., bl nak mengandung lagi??,
soklan yg masih belum ada jawapan...,
hubby kata nanti dulu la, bagi fawwaz besar sket,
sbb skang ni mak mertua yg jaga anak2, dia pun bukan larat sangat,
klu nak anta p nursery atau pengasuh, aku keje kat penang, balik lambat,
hubby pun kdg2 camtu gak, payah,
kalau keje belah sungai petani ke, seberang perai utara ke,
dekat la sket, so sumer tu kene hold dulu la,
tp kalau rezeki datang secara tibe2, mana la tau kan sumer tu kan ketentuan TUHAN,
aku terime la... dengan kesyukuran,
p/s: dalam ht seronok sebenarnye, besh tau pregnant...

anak-anak tersayang...

Saturday, September 24, 2011

.: Husben Outstation :.

23hb - 25hb Sept 2011,
husben oustation, p Kluang sbb ada motor race,
dia incharge team dia kat AAP,
so tiap kali ada race dia kene p skali la,
ok, kali ni buat kat Kluang plak,
errmmm, 3 ari la tanpa suami, kadang2 kalut gak,
nak melayan kerenah anak2, tp bl dah slalu dah terbiasa dah,
takde apa, sbb aku pun bley drive so InsyaAllah sumenye dalam keadaan ok,






.: Masa tuk Anak-anak :.

salam sume,
baru sempat nak update blog, sibuk sangat la,
ngan keje lagi, anak2,
ni pun baru nak start taip anak2 dah suh bacakan buku cerita plak,
tadi time ibu dia tak watpe, tak mau plak,
bl kita bukak je laptop, dan dan tu la anak2 mintak macam2,

ok la, entri arini aku nak korang tgk je kerenah anak2 aku masa kat luar,
malas nak tulis banyak2 haha,





Thursday, September 22, 2011

.: Bila anak dah makin Bijak :.

ni la jadinya,
cer tengok, ada gaya org dewasa tak???,
muke siriyes, cam wat keje la konon2 nya,
padahal ntah taip pe pun tak tau,
ni sib baik abang firas dia dah tido kalau tak, mau gak berebut,



ni la hasil keje dia yang dibantu oleh ibu dia hahaha...


dulu zaman aku kecik mana la ada benda2 ni,
yang ada main batu seremban, main getah, main masak2, kawen2, main guli, main nyorok2,
main congkak, nak tau gune pe? ingat tak tempat buh kaler tuk water kaler.
kan ada 6 lubang, tu la congkak aku masa tu,
zaman skang budak2 kecik pun bley eksplor komputer sendiri,
bijak ke tak bijak tu???,
zaman dah berubah, takdenye mainan macam aku main tu,
kecuali klu ada program kat skola tuk permainan tradisional,
tu je pendedahan yg ada,
tul tak???

Wednesday, September 21, 2011

.: #1: Wordless Wednesday :.

setiap ari rabu sume blog yg aku baca mesti citer pasal entri ni,
aku pun tergerak ati nak join sama,
cam besh je kan...



Tuesday, September 20, 2011

.: Yeye!!! Arini Awal :.

cam tak caya je arini aku mai awal,
mane taknye...arini trafic light sume hijau,
tu yg besshhh, klu la ari2 camtu syoknye...,
feri pun ok,
InsyaAllah arini aku pose, semalam kan dah janji nak pose arini,
mintak2  larat la sampai ke petang,

ni la mood aku arini...


Monday, September 19, 2011

.: Tak Jadi Puasa Hari ni :.

Salam sume,
ok ke arini? cuti 3 ari pi mana?
banyak la tu open house,
melantak sampai tak ingat dunia,

dah banyak ari cuti mula la malas nak p keje,
nak bangun awal pun liat hahaha,
yg aku plak konon nak pose, lupe nak niat,
alkisah dia, tidokan anak, ngan kita2 skali belayar,
tu yg lupe sume, pg tadi bangun baru teringat,
farah (opismate aku) pg2 dah sms,
bagitau dia pun lupe nak sahur,
janji ngan dia la nak pose sama2,
tak jadik gak, InsyaAllah sok nak start la ni pun dah 21 syawal,

p/s : sib baik tak jadi pose klu tak, tak dapat nak rase pizza yang cukot blanja, hahaha...
(hissh buruk tul perangai)
 

Sunday, September 18, 2011

.: Nasi Lemak + Teh 'O' :.





menu pagi ni : Nasi Lemak ngan Teh 'O' (masak sendiri tauuu)

cume kurang sket sbb takde timun ngan telur rebus,
so aku ganti ngan ikan goreng hehehe,
tapi takpe la... bley la... layaaannnzzz,

Saturday, September 17, 2011

.: 5 Tip dan Info :.

tak tau nak watpe dah arini, nak p berjalan pun malas, sbb semalam dah penat dok melantak kat umah terbuka, nak p shoping pun luit talak ada, ada tu ada tapi klu p tau2 jela, msti sume yg kita nampak nak kene buh dalam troli... tak yah laaa... tunggu la gaji minggu depan, takde pe nak buat aku search la macam2 website, so ni la hasilnye yg aku nak kongsi bersama;


  

Lemon bukan sahaja mengenakkan makanan dan minuman tetapi boleh diguna sebagai bahan pembersih.


Guna Lemon Bersihkan Papan Pemotong
Sama ada anda menggunakan papan pemotong yang diperbuat daripada kayu atau plastik, anda boleh membersihkannya dengan lemon. Bagi papan pemotong kayu, gosok dengan hirisan lemon di bahagian yang kotor. Manakala untuk papan pemotong plastik, perah jus lemon dan gosok di permukaan yang kotor. Biarkan selama 20 minit sebelum dibilas dengan air bersih. Asid dalam jus lemon berkesan sebagai pembersih.

Cuka Sebagai Bahan Pencuci
Sabun memang sering digunakan untuk membersih di dapur. Sungguhpun begitu ada bahan lain yang boleh menggantikannya; cuka.
Cuka memang tahan dan lazimnya selalu disimpan lama kerana anda hanya menggunakan sedikit untuk memasak. Jika anda mempunyai banyak cuka berlebih, apa kata gunakannya sebagai bahan pembersih? Cuka berkesan digunakan untuk membersihkan kesan gris atau berminyak, contohnya permukaan serta celah-celah dapur masak atau penunu. Masukkan cuka dalam botol spray, sembur ditempat berminyak dan gosok bersih. Bukankah ini juga menjimatkan?
Selain cuka, anda juga boleh membuat bahan pembersih dengan mencampurkan sedikit bahan peluntur dengan air. Sungguhpun begitu, jangan campurkan bahan tersebut dengan air panas kerana bahan peluntur akan meluap dan hilang keberkesanannya.
Selain itu, jangan sesekali mencampurkan bahan peluntur dengan produk pembersih lain yang mengandungi amonia seperti bahan pembersih cermin.

Dapur yang bersih bukan sahaja sedap mata memandang, tetapi juga selamat daripada ancaman bakteria.
Sumber Bakteria


Tahu tak dari mana sumber bakteria yang memudaratkan seperti E. Coli, Salmonella, Staphylococcus dan sebagainya, paling mudah ditemui di dapur anda?
Jawapannya ialah di span pencuci dan kain pengelap! Itulah yang ditemui dalam kajian di Amerika.
Span pencuci dan kain pengelap yang basah menyediakan sumber kelembapan dan tempat yang gemar dihinggapi bakteria. Jadi pastikan setelah diguna, span pencuci dan kain itu dibersihkan dengan sabun dan dikeringkan.  Anda juga boleh membunuh bakteria itu dengan memanaskan kedua-duanya di dalam ketuhar gelombang mikro selama 60 saat.

Tepung Naik Sendiri

Tepung naik sendiri atau self raising flour boleh dibuat sendiri di rumah. Caranya mudah saja; campurkan satu cawan tepung gandum biasa dengan 1 1/2 sudu kecil serbuk penaik (baking powder) dan 1/2 sudu kecil garam.


Kismis hitam baik untuk otak.
Kismis


Kismis anggur hitam yang dikeringkan mengandungi kandungan gula yang tinggi. Antara jenis gula yang terkandung di dalam kismis adalah fruktosa dan glukosa. Gula ini dapat meningkatkan daya pemikiran otak, menajamkan memori dan menguatkan daya ingatan. Otak memerlukan gula untuk berfungsi dengan baik, dan kismis dapat menyediakan keperluan gula dalam kuantiti yang banyak dan cepat. Jadi, apa kata gunakan lebih kismis dalam masakan anda?


kredit dari : http://sajionline.com.my

.: Mutiara Kata #2 :.





Friday, September 16, 2011

.: Jumpe Dalam FB :.

ni la kak Suraya....

alhamdulillah,
aku dapat tengok balik kakak yg selama ni aku kenal,
dapat tengok dlm fb, contact no. ada, penah gak contact,
tp start 2001 aku tak penah jumpe dia lagi,
kakak tu nama Suraya, ada citer disebalik perkenalan aku ngan dia,
tp aku tak nak la citer sbb aku dah buang jauh2 kisah tu,
cume aku suke kawan ngan kak su (panggilan aku kat dia la),
kak su baik termasuk skali ngan husband dia abang hasan,
anak2 dia, masa aku kenal kak su dulu anak dia baru 3,
kecik2 lagi masa tu, aku sempat la dukung anak dia yg ke3 tu,
tak silap aku nama dia akim, skang anak kak su dah 5 org,
cepatnye mase berlalu,

walaupun dah 10 tahun tak jumpe tp ingatan kami antara satu sama lain,
tak penah hilang, rasanya klu aku dapat jumpe kak su face 2 face,
akan ku peluk kak su kuat2, rindu sangat2,



.: Majlis Hari Raya kat Ofis :.

semalam adalah majlis hari raya kat ofis,
menu : nasi impit + kuah kacang, ketupat pulut + rendang ayam, spegetti, bihun goreng, puding, kuih muih, aiskrim, 
makan sampai tak larat la, kul 1 semua hanyutttt... hahaha...
after lunch ada sambutan hari lahir,
ada kek plak, makan sikit je tak bley masuk dah sebab kenyang,
makan macam2,










Wednesday, September 14, 2011

.: JOM, Kita Bantu Rumah Aman !!! :.


marilah kita bersama-sama membantu pada mereka yang memerlukan, tak banyak pun sikit, insyaAllah dengan bantuan kita akan memberi kegembiraan dan keselesaan hidup bagi mereka semua.





TLC is back with the Season 2 of the Promise Me campaign! This year, the Promise Me campaign brings together 12 corporations and institutions to fulfill 12 golden wishes from charity organizations, and we’re proud to announce that we are one of the organizations on board for this cause :) Our pledge – to raise funds and help Rumah Aman replace their 15 year-old electricity wiring and lightning breaker system.

Rumah Aman is an orphanage located in Shah Alam, with complete facilities to care for poor boys who are orphaned or from needy families. The home began operations in 2005, and currently houses 30 boys of various ages. There, the children are provided with education, clothing, food and shelter. Their mission is simple – to give the best to the children, like other parents would for their children.

Donate to the fund:

Online: You can make a direct donation to Rumah Aman via online banking to Maybank2U, with the remark: Nuffnang TLC Promise Me S2. Donations should be directed to Rumah Aman (Shah Alam), with the account number 562106720433 (Maybank).

- Via Milkadeal: Our sister company Milkadeal has generously offered to join us in fulfilling this pledge, and you can also donate via the deal at this page!

- Via cheque: Cheques can also be issued to Nuffnang Sdn. Bhd. and sent to our KL office at the address below:

12B5 & 12B6, Heritage House
33 Jalan Yap Ah Shak
50300 Kuala Lumpur

All donations are tax deductible, and Rumah Aman will be able to issue a receipt for your kind donation :)

kredit dari : nuffnang

Tuesday, September 13, 2011

.: Rumah Terbuka Member Opis :.

10 Sept 2011 (Sabtu), Majlis Rumah Terbuka Zalina,
kawan ofis aku, dia buat kat Taman Jenaris, Tikam Batu, Sungai Petani,
kami p la anak beranak,
antara hidangan yg ada ialah ;
lontong, ketupat, lemang, rendang, bihun sup, laksa, bubur,
sume aku rasa hahaha... tamak...,
tak kott.., rugi tak rasa tau, sedappp...,
karang kempunan plak....,
hubby siap tanya cukup ke tu???,
aiii.. perli nampak,


gamba masa ni baru 1st round makan, baru sampai...



liza, aku ngan kak zah...



Sunday, September 11, 2011

.: Hobi baru Anak-Anak :.

hujan oh hujan,
dari malam tadi hujan tak berenti,
sampai la ke pagi ni, mungkin sampai ke petang @ malam,
1stly syukur nikmat hujan dari Tuhan,
takde plan nak p mana2 arini, firas pun skola,
hubby p open house ofis dia,
dok kat umah je la ngan sikecik ni,
sikecik tengah tido bley la nak melayan FB @ blog,

entri arini, nak citer pasal hobi baru firas n fawwaz,
skang ni tengah dok giler nak baca buku citer,
bukan diorang yg baca, tp ibu dia la yg kene tolong bacakan,
dah serupa cam cikgu tadika dh, malam tadi je dah brape kali ulang citer yg sama,
tak puas2, sumer ni sikecik la punyer keje, bergaduh2 ngan abang sbb berebut mainan,
konon2 merajuk la, p carik mainan lain, dapat la buku ni,
tuk hiburkan hati dia, hahahaha....,
ni la buku tu.....

buku ni aku beli kat care4, masa tu firas 3 tahun kot,



buku ni bagus sbb dia suh budak2 pikir camne nak selesaikan latihan ni...


terlalu asik ngan buku dia...

ni umah open house ina pun dia bawak gak buku ni,
ya Allah, hubby amik nak buh dalam kete tak mau, mengamuk sakan,
ermm... bawak la fawwaz,
dia seronok kot tengok gambar2 dalam buku tu,

so balik dari umah ina, hubby ajak p centralsquare,
p popular la mana lagi, nak carik buku lain plak tuk dak2 ni,
pe lagi rambang mata la budak2 ni, sbb banyak sangat buku2 yg ada gambar kartun,
hubby beli la 2 buah buku : Buku Cerita ngan Saya Seekor Anak Dinasour,






besh gak dapat bacakan buku citer ni kat anak2,
bl kita baca ngan penuh intonasi, diaorg pun dengar ngan penuh minat,
bley tegelak kihkihkih....,

Saturday, September 10, 2011

.: Rezeki :.

salam kawan2....,
entri aku arini, aku rase cam nak citer pasal REZEKI,
pasal pe aku nak citer tajuk ni???,
sbb...aku teringat zaman memula nak keje dulu susah sangat,
time study dulu sibuk la dok pk "syoknye la klu keje kan",
tp tak terpikir pun susah senangnye nak carik keje,
kalau ada "kabel besar" mungkinla senang, anta resume, pastu interview,
dah dapat keje, tp klu takde kabel walaupun sebesar kuman camne???,
siankan..., 

tahun 2001, aku abis diploma bulan April, balik kampung, tanam anggur dua bulan kot,
masa ni zaman kegawatan ekonomi, banyak student yg graduate tp takde keje,

alhamdulillah, aku dapat keje kat kampung tu, pun mak yg tolong,
sbb mak mengaji kat umah org tu, anak dia la bukak bisnes kontraktor,
keje la kat situ 5 bulan, pastu aku apply tuk jawatan Skim Khidmat Singkat under JPA,
dapat la keje tu kat Kementerian Kerja Raya, syukur alhamdulillah, ada gak rezeki aku,
gaji masa tu RM 400 je, sbb aku gune diploma, klu degree dapat la RM 500 sebulan,
dok kat KL ngan gaji RM 400??? cukup ke???, alhamdulillah cukup...,tak tau la camne bley cukup,
bl gaji kecik kita akan gunakan "jimat cermat" tu ngan sepenuhnya,
betul tak???, 6 bulan kontrak abisss, so sebelum abis kontrak,
dah berpuluh2 application aku anta, termasuk la spa,
tp still takde rezeki lagi, ada gak p interview tp tak dapat,
bussaaannn kan, tensionnn....,
nasib aku mang baik masa tu, sbb ada kakak kat ofis tu dia suh p interview kat 
ofis husband dia, aku tak p sorang aku p ngan Haslin n kak chik,
mang dapat keje tu, alhamdulillahhh..., rezeki lagi,

kat Trainex Management Consultancy,
aku dibayar gaji RM 750, klu ikut tak berbaloi la,
tp disebabkan terdesak nak carik keje aku terima gak la,
sama cam Haslin gak, tapi lain plak bagi kak chik dia tak mau,
mungkin gaji sikit kot, tak pe la...aku try dulu la,
5 tahun gak la aku keje kat situ, seronok tp beban tugas dia besar,
slalu gak tension, sbb kene carik klien tuk wat training,
setiap bulan tau, yg beshnye klu dapat job, ada percent,
penah gak gaji aku cecah sampai RM 3k, banyak kan???
mang lumayan, masa tu nak beli apa pun bley,
tapi sampai bl aku nak keje kat situ???
terjamin ke masa depan aku???
bl Haslin dapat keje goverment, tinggalla aku kat Trainex tu,
rezeki aku tuk keje kat Gov cam takde je, give up gak,

takpe la, keje la dulu kat situ,
sampai la aku dapat beli kete, aku kawen, dapat anak,
sume ngan rezeki kat Trainex tu, terima kasih la kat bos aku dulu tu,

pas abis pantang bersalinkan Firas, aku dapat interview SPA,
nombor giliran aku adala yg pertama, huh!!! takut, gementar, macam2 la,
masuk2 tu, ada 2 org panel interview, sorang laki sorang perempuan,
soalan yg diajukan pun tak susah sangat, 
sume pasal keje yg penah aku buat ngan citer pasal famili,
tu je, tp syok sbb panel interview tu tak buat aku stress ngan soklan2 yg dibagi tu,
cam bersembang ngan kawan2 je,
nak tau apa keputusan dari interview tu???
.
.
.
.
.
.
alhamdulillah, aku BERJAYA!!!!
terima kasih la ngan panel2 interview aku masa tu,
sbb memilih aku tuk menjawat jawatan tu, keje kerajaan sape tak mau???
tak kisah la walaupun gune SPM, mula la dari bawah,
aku ditempatkan di Jabatan Kerja Raya, mang serasi tul la ngan Kementerian ni,
sbb dulu masa kontrak pun dapat kat sini gak,
gaji??? tak sampai la RM 1500 cam keje swasta dulu,
cukup ke??? nak bayar loan kete, sewa umah, minyak kete, makan lagi????,
kene la "berjimat cermat", yg penting keje ni menjamin masa depan aku,
setahun kat JKR, aku dapat tukar ke JKM Penang, tu pun aku yang mintak,
sbb nak balik dok ngan hubby n firas, tak sanggup nak berjauhan bertahun2,
tak larat, sampai la sekarang aku keje at situ,
alhamdulillah, mungkin rezeki aku mang ka utara ni,

nak tau tak bl dh dok utara, keje pun majoriti org utara,
aku cakap pun dah cam org utara,
bl balik kampung raya aritu, makcik2 aku sume kata,
"yati dah duduk utara, cakap dah cam org sana dah, takde dah slang selangor@jawa"
hahaha...dan diakui gak oleh kawan baik aku haslin...,
baru 2 ari lepas dia call aku, dia pun kate benda yang sama,
nak wat camne tempat keje dikelilingi oleh org2 utara,
ari2 dengar msti terikut gak kan....,

tu je la entri aku ari ni.....,



Friday, September 9, 2011

.: Mutiara Kata :.

"Anda tidak boleh mencipta pengalaman. Anda mesti menghadapinya." ~ Albert Camus

"Kekuatan tidak datang dari kemampuan fizikal,tetapi ianya datang dari semangat yang tidak pernah mengalah."

"Orang yang berjaya dalam hidup adalah orang yang nampak tujuannya dengan jelas dan menjurus kepadanya tanpa menyimpang." ~ Cecil B. DeMille

"Ukuran yang paling tinggi tentang adab seseorang itu, ia wajib menaruh perasaan malu akan dirinya terlebih dahulu." ~ Aflatun

"Rezeki.. ada di mana2, datang tanpa diduga, tepat pada masa, yg penting, usaha & tawakkal."

"Jangan mengukur kebijaksanaan seseorang hanya kerana kepandaiannya berkata-kata tetapi juga perlu dinilai buah fikiran serta tingkah lakunya."

"Semiskin-miskin orang ialah orang yang kekurangan adab dan budi pekerti" ~ Hukama

"Hari yang mendatang tidak akan memberikan sebarang makna jika kegagalan semalam tidak dijadikan teladan."

"Perjalanan seribu batu bermula dari satu langkah." ~ Lao Tze

"Mengetahui sesuatu dan memahami segala sesuatu adalah lebih baik daripada mengetahui segala sesuatu, tetapi tidak memahami sesuatu."

"Harta yang paling menguntungkan ialah SABAR. Teman yang paling akrab adalah AMAL. Pengawal peribadi yang paling waspada DIAM. Bahasa yang paling manis SENYUM. Dan ibadah yang paling indah tentunya KHUSYUK."

"Setitik dakwat mampu membuat sejuta manusia berfikir tentangnya."


kredit dari www.iluvislam.com

Thursday, September 8, 2011

.: Sabar :.

aritu masa balik kampung,
saja la citer asal hal anak2 kat mak,
yg firas camni, yg fawwaz camni,
macam2 kerenah,
pastu mak kata "dah ada anak mang kene banyak bersabar",
mang geram klu anak2 wat hal, rasa nak pukul je,
tapi...kdg2 bl kita pukul akan bagi kesan yang lain plak kat anak2,
bley tu bley tapi...biar la bersebab dan pukul jan la sampai sakit,

mak kata lagi, dulu masa arwah abah ada,
abah jarang pukul anak2 dia,
mang btul pun,
klu mak kata "tu si nun si nun (anak mak ada 4 sape2 leee hehehe) degil sangat pukul la!"
nak tau abah kate pe???
"takyah pukul la, nanti kalau pukul sakit"
so, cara abah adalah bagi nasihat,
sbb tu bl abah menyahut panggilan ilahi dengan tanpa diduga,
aku cam hilang arah, nape??? nape abah p cepat sangat???
cam terkilan sgt2,
nak salahkan sape???
TUHAN Maha KUASA,
ajal dan maut sume kat tangan TUHAN,
kita hanya merancang tul tak???

berbalik pasal nasihat mak aku tu,
skang ni aku try to control sket emosi marah tu bl anak2 wat hal,
kene gune psikologi, nasihat, last skali klu dah tak bley barula pukul sket,
sket je bagi rasa yg dia salah,
skang aku cube praktikkan pas balik keje,
kiss anak2, nak tido pun sama,
aku ada terbaca kat blog sape tah la aku tak ingat dah,
klu kite kiss bibir anak2 kita InsyaAllah dia akan dengar cakap kita,
so itu la yg aku buatttt.........

Tuesday, September 6, 2011

.: Hari Raya :.

salam sume,
SELAMAT HARI RAYA.
hahaha...lambatnya update entry tuk raya,
ke'bz'an melanda,
almaklumlah bl dah balik kampung macam2 keje ada,
ngan kerenah anak lagi,
bl dah penat malas la nak update blog,
line plak ada 1 bar je, ermm lagi hampeh la,
simpan la dulu citer2 tu,

ok, jom citer pasal raya,
tahun ni turn raya adalah di Tanjong Karang,
umah mak aku la pe lagi,
sonok sakan le tahun ni,

persiapan raya,
cam biasa, mak slalu akan masak rendang daging, rendang ayam,
ayam masak merah, ayam masak kicap, kuah kacang,
semua menu tu adalah menu yang WAJIB,
sbb anak2 dia sume citarasa berbeza,
sume mak masak sendiri tauuuu,
aku?????
aku tolong kupas bawang, kentang, tolong le pe yg patut,
terukssssnya aku, bukan slalu..., masakan mak kan sedappppp, hehehehe....,
bab menganyam ketupat adalah keje aku ngan nanang (adik aku),
mang setiap tahun le,

dipagi hari raya,
slalu akan jadi kalut sket, biasa la, kalut ngan anak2,
nak makan lagi, nak mandi lagi, nak kemas ape yg patut lagi,
macam2 la... tu yg slalu last skali bersiap,
tema famili aku tahun ni adalah kaler krim,
memula nak kaler kelabu, tup2 tanya kat abang ipar, dia pun kaler kelabu,
sib baik kami tak p beli lagi, klu tak mang sama laaa.....,
tp takpe kot....klu kaler sama pun... tak jadik masalah,

pastu adalah sesi bermaafan ngan mak di pagi raya,
dan bagi duit raya kat anak2 buah, alaaa... 2 org je anak kakak,
nanang ngan siti still berdua lagi,
adik ngan dayu???? (adik aku yg paling bongsu)
tahun ni tak beraya skali, sbb dia raya kat umah mertua dia la,

fawwaz...

firas...






ni la famili aku...kiri tu abg uda ngan kakak aku, anak dia qayim ngan faiz, yg tengah tu mak aku, bawah tu nanang ngan ct...




dah settle sume baru p umah Paman Siran,
kakik (atok la dalam bhs jawa) dok situ, so raya kene p situ la,
dah tak larat nak berjalan dah kakik, dah tua kan...,
so kami adik beradik abah sume berkumpul kat situ,
arwah abah ada  4 beradik, abah anak pertama,
tp abah dah pergi dulu, Tuhan lebih sayangkan abah,
dah abis sesi bergambar kat umah Paman Siran,
kitaorng p ziarah kubur abah plak,


ni famili besar Hj Ngiman, adik beradik belah arwah abah....senyummmm....

dan kemudian p raya umah adik mak plak,
sume adik beradik mak berkumpul kat umah bik jal,
mang tiap tahun camtu, time tu je la sume bley berjumpe,
dah kenyang makannn... pe lagiii balik umahhhh la,
time tuk rehat........................,
penat weyyy.....,

Sunday, September 4, 2011

.: masih mencari mood :.

masih mood raya...lagi ke???
ntahla, takde mood lagi la nak update blog,
gamba raya ada tapi tu la, bl dh lama bercuti, malas leee...,
plak tu fawwaz ni slalu dok kacau, asal aku bukak je laptop,
nak nak...(nak nenen la tu),
tu yg slalu terbantut idea tu,
nak tunggu anak tido, errmmm...tok sah la,
ngan kita2 skali tido,
sbb???
time dia tido adalah sama ngan time aku tido,
klu lambat tido, dia pun lambat tido,
tak bley nak kata pe la...,
ada mood nanti aku update citer raya ok,
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

.:: IkatanKu ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Anniversary tickers

.:: Muhammad Firas Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Fawwaz Firdaus ::.

Daisypath - Personal pictureDaisypath Happy Birthday tickers

.:: Muhammad Hafiy Firdaus ::.

Lilypie - Personal pictureLilypie First Birthday tickers

Labels

anak-anak famili tentang aku fawwaz Muhammad Hafiy Firdaus wordless wednesday Firas giveaway kerjaya ragam anak-anak jalan-jalan segmen blog mengandung hari raya blog memori terindah birthday blogwalking apa-apa je nuffnang perkembangan terkini Hafiy mutiara kata kursus novel renungan review blog churpchurp doa CPUV Nuffnang puasa 1st Giveaway jalan-jalan cari makan pemeriksaan ibu mengandung tip didik anak pulau pinang rumahku Contest GA Hadiah Menang anak yang cerdik demam campak ibu berpantang mak mertua perkembangan hafiy pertukaran petua Hadiah GA aksi anak balik kampung banding lakeside inn belajar membaca demam hari lahir info sihat makan-makan motivasi diri pemeriksaan anak di klinik solat tesco Mini GA anniversary artis bergaduh buat baju kurung cuti sekolah cuti-cuti melaka hadiah birthday hari inovasi header kami keywords kucing makanan masak-masak peperiksaan KPSL Gred N27 pregnant rezeki sahabat blog shopping raya tak sihat 6 Mei 2013 Cuti Umum Kerajaan Negeri Pulau Pinang Bantuan Rakyat 1Malaysia Bersalin BonusLink Caesarean Carta Jantina Anak Lelaki atau Perempuan Carta Mengenai Jantina Anak Dan Usia Ibu Doa ketika bayi dalam kandungan Hanif Idrus Ibu dan bayi KFC Karya Seni Kawalan Komuniti Taman Kelahiran Normal MH370 Pengomen Setia Permohonan Bertukar Sekolah Perodua Kancil Potong Rambut Siti Nurhaliza Slot Zehra TV3 Tahun Baru Cina alat permainan anak lelaki anak perempuan annual dinner awal muharram baby berkatalah yang baik-baik kepada anak-anak blog ana suzana camana nak buat bila anak-anak bergaduh celoteh MJ doa akhir tahun doa awal tahun doa untuk anak-anak follower free diapers hari ibu hati hobi http://tengkubutang.blogspot.com i-city irma hasmie jamu lepas bersalin jamu ratus warisan plus jatuh jenis-jenis makanan semasa berpantang kaki novel kek karemel coklat moist kenduri kesyukuran keputusan peperiksaan KPSL Gred N27 tahun 2013 kesihatan khasiat buah kurma kpsl 27 lesen memandu lirik lagu luahan mak mengajar anak tidur sendiri persiapan hari raya rabun silau rezeki Allah pelbagai cara riadah petang sahabat sambutan hari merdeka samsung galaxy S2 sekolah sekolah baru sekolah darjah satu terima kasih tip cantik tip sihat top entry top post tupperware ulangtahun perkahwinan wayang 10 Surah Dalam Al-Quran Dapat Mencegah 10 Perkara 10 bulan 1000 posts 13 jam A380 33 minggu 8 bulan Aeril Zafrel Air Zam Zam Al- Fatihah Amalan Meminum Air Zam Zam Anuar Zain Awal BE BL1M BMI BORANG Permohonan BR1M 2014 BRIM 2.0 Bangunan MPSP Bayaran Hasil Beris Lake Vineyard Best Friend Forever Best Vacation Photo Beto Kusyairy Big Box Pizza Hut Bila Blogger Jadi Maid Blog Sepet Borang Permohonan BL1M Online Borang Permohonan Bantuan Lesen 1 Malaysia Bukit Merah Laketown Resot CMart Sungai Petani COLA Camera360 Cerita Perodua Anda? Cheezy Wedges Cinta Jannah TV3 Cintai Isteri City of digital lights Doa memohon zuriat dan anak yang soleh Donut buatan sendiri Drama Cinta Jangan Pergi TV9 Electric Multifunction Pressure Cooker Evelyn Rose Fajar Pakeer Felinna GA IntaNBerliaN Gangnam Style HTC One V Hanya PadaMu Hubby Ikan sepat goreng Inilah Realiti Bukan Fantasi IntaNBerlian Internet tanpa had Istana Negara Jamuan Hari Raya KGT KSSR Kartun Upin Ipin Kenaikan Gaji Tahunan Kenaikan Pangkat Secara Lantikan Khasiat Air Zam Zam bagi Ibu yang Mengandung Khasiat Kurma Pada Ibu Mengandung Kuih Donut Kurikulum Standard Sekolah Rendah Ladang Anggur Beris Majalah PaMa Mak Dara Malaysia's Next Top Lucky Blogger 2013 MalaysianCubprix Maulidur Rasul Melur Jelita Menang Top komen Motor Cubprix Batu Kawan Muharram Mums n Kids Fair My Precious Iris Nabi Muhammad SAW Nelydia Senrose P1 PC Fair Pagi yang nyaman Panggil Aku Kiah Paul Walker Pekeliling Perkhidmatan Bilangan 1 Tahun 2012 Penjawat Awam Permohonan BR1M 2014 Permohonan BR1M 2014 secara online Persiapan Menyambut Bayi Baru Petua Mengandung Petua Mudah Mengandung Pilihanraya Pizza Hut Pizza roti Program 1Karisma Punca nafas berbunyi Putu Mayam Rumah P. Ramlee SKT tahun 2014 Sabahat Baik Sekolah Kebangsaan Tikam Batu Senarai Semak Kelengkapan Bayi Baru Shopping online Sik SimplySiti Sinopsis Cinta Jannah Sinopsis drama Cinta Jangan Pergi Slot Akasia TV3 Spongebob Star Max Technology Tahun baru 2014 Terus Cintai Aku The Fast and The Furious The Wedding Breaker Top Komen Tugu Negara Upin Ipin Zati Mohd adrianna syaz aircond akar fatimah altimet amalan penambahan rezeki amalan ucap terima kasih amanda misbun anak anugerah Allah anak isap jari anak kembar anak pandai membaca anak rajin solat anak yang nakal anak yang soleh anonymous anugerah apa itu hernia apa itu ujian pap smear apa yang boleh dan tak boleh dibuat semasa berpantang arabian night arnab asingkan anak tidur dari ibu bapa autumnz awak suka saya tak? awi rafael ayat kursi badan tak selesa bagaimana nak mengajar erti tanggungjawab pada anak-anak bahagia baju printed bakul balck out bancaan bantuan sara hidup barangan elektrik barangan online basikal baru baskin robbins batuk beg beg duit belajar berpuasa beli barang secara online berbudi bahasa berkelah di Pantai berkelah di Pantai Batu Feringgi berkhatan berpantang sendiri bersangka baik dengan orang lain bertukar ke jabatan lain berurut selepas bersalin. biar lambat asalkan selamat bila anak-anak bertanya blocking colour blueberry cheese buah langsat buah manggis buang air besar bubur keladi budak yang cerdik buku merah buku prima bulan ramadhan burger burger yang simple cabaran candy crush saga cara berpantang cara mengatasi anak yang nakal cara-cara untuk free diaper cars cash out nuffnang cat jotun cat rumah ceeranoh.com cerdik cerita hari raya 2013 cerita kegemaran check nuffnang check up bulanan cheese cheese meleleh cheesekut cicak colour congratulation coolblog cuaca panas cucu perempuan cucuk 6 bulan cucuk untuk dua bulan cukur kepala cup cake cuti damansara intan demam kuning diapers dinner doa angin ahmar doa bahagia suami isteri doa ketika hendak bersalin doa ketika hujan doa menghindarkan diri dari sihir doa minum air zam zam doa pengikat kasih sayang suami isteri doktor dugaan durian crepe email entri entri blog ephyra fasha sandha bersanding free diaper frozen gadis pecinta pink game transport games ganjaran isteri memasak untuk suami dan anak-anak gastrik google analytics google chrome gunting rambut gusti hadiah hari guru hantu hari graduasi tabika kemas tahun 2012 hari pertama sekolah di tahun 2013 hari potensi tabika kemas parlimen sungai petani hati mudah terasa hati tak bahagia hello mr. perfect hernia hidung tersumbat? Fawwaz hikmah keluarga bahagia hisap jari homework http://atienstory.blogspot.com http://ayuinsyirah.blogspot.com http://botak-gambus.blogspot.com http://cahayahatiku-lyafrina.blogspot.com/ http://herba-tihara.blogspot.com http://ihaveasweetsmile.blogspot.com http://mylovekasih.blogspot.com http://mylovelyfamily-ana.blogspot.com http://normj1001.blogspot.com http://sayangkudinadania.blogspot.com/ http://staibaqhang.com http://summerkisseswinterrain.blogspot.com http://tengkubutang.blogspot.com/ http://www.google.com/analytics hubungan menantu dengan mak mertua hujan i-city snowalk ikatan yang rapat antara anak dan ibu iklan jawatan kosong impian dan harapan 2014 integriti internet isap jari istighfar jahit baju jahit kain langsir jeli jeli nona jimat cermat jimmy palikat jiran setaman johan kad ATM kad raya kalau aku kaya kalau memang harus bagitu kampung sungai raba kampungku kanser servik kapur kasut kartun frozen kasut sekolah kata-kata hikmah kebersihan vagina selepas bersalin keburukan bagi bayi yang hisap jari kedah kehamilan kek coklat kukus kek coklat strawberry kek keju oreo kek oren kelas mengaji kelebihan ephyra kelebihan istighfar keluarga iskandar kenangan kencing kotor dan kesannya pada wanita hamil keretaku kerja isteri kesan pegambilan jamu ratus warisan plus khasiat akar fatimah khasiat jamu kira berat badan ideal kiraan BMI kisah gigi klinik pakar kanak-kanak Harcharan Sungai Petani kreativiti anak-anak kuih dangai kuih koci kuih pak tunku kuning telur kurma baik semasa berpantang kurus langgar latihan legolang malaysia lirik Ketulusan Hati lirik lagu anak kampung lirik lagu kalau aku kaya loghat utara maal hijrah magic colour main-main majlis perpisahan mak mertua terbaik makanan berkhasiat ketika mengandung makanan berkhasiat semasa berpantang makanan kegemaran makanan pejal bagi bayi 6 bulan ke atas makku yang tersayang malu malware sms manjaku baby centre sungai petani masak di hari raya masak untuk suami masakan mak mee udang pulau sayak memanjat memey bertudung memilih makanan menang teka-teki menanti saat bersalin mengajar anak-anak belajar mengigau semasa tidur menguji minda anak-anak meniarap menjaga orang sakit menyusu anak merajuk merancang sendiri merangkak mercun merdeka mini contest minum air gula minum malam minyak minyak naik harga misteri surat Al- Fatihah monster inc monster university mood shopping motivasi muara hati muntah murai nabila biela nakal nasi ayam goreng nasi kerabu novel Sebenarnya Saya Isteri Dia nugget nurul akad nikah nurul dan eric deep office operation oreo better together oscar oasis panduan sendawakan bayi selepas menyusu panggilan emak pantai merdeka pap smear pawagam pekeliling perkhidmatan bilangan 5 tahun 2013 pekembangan bayi di usia dua bulan pemandu kereta pemberian pemindahan gaji kepada pegawai perkhidmatan awam persekutuan di bawah sistem saraan malaysia pemilihan nama anak yang baik dalam islam pencerobohan di sabah pengalaman bersalin pengantin pening penyedut hingus penyusuan susu ibu peperiksaan akhir tahun peribadi perikemanusiaan periuk periuk pelbagai guna perkembanga terkini anak-anak perkembangan anak-anak perkembangan bayi perkembangan bayi 5 bulan perkembangan fetus 22 minggu perkembangan fetus 24 minggu perkembangan fetus 30 minggu perkembangan fetus 36 minggu perkembangan ketika mengandung perodua persiapan melahirkan anak persiapan sekolah personaliti anak kedua personaliti anak pertama pertama kali memandu kereta pertukaran tempat bertugas pesanan pesta pesta pulau pinang petua kulit bayi bersih petua mengetahui jantina anak petua selsema dan batuk pewangi baju pil perancang pondok-pondok posts power bank prego keju & herbs pretzels puasa ganti puding roti coklat punca bayi hisap jari punca hernia punca telinga berair puzzle quality time rambut rantai tangan resepi resepi cheesekut resepi kek coklat resepi kek oren resepi koktail buah resepi kuih inti sardin resepi nasi ayam goreng resepi puding roti resepi roti arab rezeki yang berkat ribut romper dan cloth diaper murah rosak roti roti arab sabah sahabat yang baik sakit di bahagian bawah abdomen ketika hamil sakit perut sakit telinga salam perpisahan salam takziah salindah saman traffik samsung sandiwara cinta sarang burung sardin satu barang satu ringgit sauce says sayur sayur tahan lama selamat hari raya selamat tahun baru 2014 selsema semasa berpantang senarai barisan kabinet persekutuan 2013 sendawakan bayi selepas menyusu service center samsung servis kereta servis laptop sesi persekolahan set manual breastpump autumnz shaklee shopping shopping online Hishop soalan mengenai kelahiran normal selepas caesarean softlan sos prego soya spageti status pertukaran super spontan surirumah susah nak tidur susu dutch lady 123 tahun baru 2012 tak boleh nak bukak blog sendiri taman perbandaran pulau pinang tambah rezeki tandas lelaki tandas perempuan tanggungjawab seorang isteri teka harga tekanan darah telefon telinga berair telur telur ayam telur ganjil temujanji dengan doktor tiada ubat batuk dan selsema untuk baby bawah setahun tidur sendiri tiga bulan tip asuh anak tip bila anak dah berusia 7 bulan ke atas tips anak tidur lena tips cairkan susu perahan tips gembira sepanjang hari tips kebersihan vagina tips mengurangkan sakit belakang tips untuk menangani adik-beradik yang bergaduh tiramisu tobasco tumbuh gigi tutorial letak button facebook tutorial scroll box untuk bloglist ubat batuk ubat selsema ujian minum air gula ujian pap smear village mall vita-lea shaklee walker wanita weekend wirid wanita hamil world children's day free screening og planes www.babycenter.com www.jpa.gov.my www.mialiana.com yes boss you drive you win youtube zaman sekolah zizan zoo bag zoo taiping and Night Safari