Saturday, December 31, 2011

.: # 4 : Jom Baca Novel :.

Salam semua,
Selamat Tahun Baru 2012 tau,

ok, nak share ngan korang la,
aritu, masa aku dok belek2 novel yang ada dalam almari aku tu,
aku tergerak ati nak baca balik novel karya ANIS AYUNI,
tajuk dia "BAYANGAN RINDU",
aku beli buku tu pada 11.1.2008,
dan aku hanya baca sekali je,
so, aku dah lupe citer dia tu camne,
nak ingat balik kene baca la,


ni cover depan buku tu,
ok gak jalan citer dia, olahan ayat dia,
senang difahami dan senang dihayati,
nak tau ke pasal pe citer ni?

kisah cinta iddya yang banyak dugaannya,
1stly, dia bercinta ngan baien masa tu dia skola lagi,
abis skola masing-masing, sambung kat Universiti yang berasingan,
si iddya ni tunggu la si baien, tapi rupa2nya baien dahde girlfriend lain,
putus la cinta mereka,

bercinta plak ngan lutfi,
baru je menyulam cinta, rupa2nya, 
mak iddya penah jadi ibu susuan lutfi,
so, kire adik beradik la kan, tak bley kawin,

kiew @ umar, kawan iddya masa skola gak,
kat umar la dia curahkan segala suka dan duka dia,
dan cinta iddya sebenarnya adalah untuk umar.

"cinta lahir dalam hati dan bukan dalam bicara,
maknanya cinta tak perlu diucapkan"

"cinta boleh melukakan sekeping hati yang tidak berdosa,
cinta pada ALLAH saja yang abadi"

"cinta itu adalah satu anugerah terindah,
cinta itu cuma satu patah perkataan,
maknanya berbeza bagi setiap insan"

"cinta tidak boleh dipaksa,
nantikan kehadirannya dengan sabar,
cinta datang pada saat yang tak terduga,
jangan lari dari cinta kerana cinta itu indah"

Friday, December 30, 2011

.: Menjelang Tahun Baru 2012 :.

Salam Jumaat semua,
sedar tak sedar dah nak sampai ke penghujung tahun 2011 dah kan?,
bertambah plak usia kita kan? amal ibadat camne?
ada perubahan ke?
matlamat korang plak dah tercapai ke?
atau ada yang tak dapat dicapai lagi,
macam2 ada kat kepala ni kan...

bagi aku tahun 2011 ni mang tahun yang bertuah bagi aku sekeluarga,
banyak kenangan manis,
1stly, mesti la sebab dapat dok umah sendiri,
bab keje plak, banyak pengalaman baru yang aku belajar tahun ni,
semoga akan terus  maju, dan maju lagi la,

rezeki kami plak tahun ni mang murah sangat,
SYUKUR sangat2 Ya ALLAH,
semoga ianya akan berkekalan sampai tahun depan,
InsyaAllah..



Thursday, December 29, 2011

.: Piknik at Pantai Teluk Bahang :.

Salam kawan-kawan,
berapa ari dah tak update blog ni,
ada gak citer yang nak di tulis tapi,
masa tu yang takde,
weekend lepas mang jadual teramat la padatnya,
bila nak update malam,
anak-anak plak macam-macam ragamnye,
so, terpakse la diabaikan blog ni wat sementara waktu,
kalau nak tunggu anak-anak tido,
ermmm, tok sah la, mang confirm aku pun tido skali,
hahaha...

ok, bley citer dah skang ni,
ari isnin aritu kami p Piknik kat Pantai Teluk Bahang,
last minute punye plan,
memula tu abang ipar yang nak p,
pastu hubby kate nak join skali, dia kate macam besh je,
so, berjanji la sok pagi kul 7 dah nak bertolak p umah abg ipar,
dah la malam tu balik lambat,
sbb ada kenduri akad nikah anak pak lang hubby,
kul 12 baru sampai umah, penat giler, sok plak kene bangun awal,

pagi tu, budak2 ni mang tak mandi dah,
firas gosok gigi je, fawwaz plak aku angkat je sbb,
tak bangun lagi, tido lena sesangat le,
penat main semalam,
area kul 9 gak la baru bertolak ke penang,



on the way nak p pantai, oppsss... ter'promote' plak
galaxy tab tu hehe....



sampai-sampai terus pasang khemah,
prepare tempat tuk bakar ikan ngan udang,
nak ber 'BBQ' la kononnye...,


budak-budak ni plak mang dah tak sabar-sabar nak mandi,
sampai je terus main pasir pantai tu,



ombak dia mang kuat le, takut gak tengok,
firas ngan fawwaz tak berani nak mandi,


firas melarikan diri dari ayah dia,
tak mau mandi laut,
ayah dia siap beli pelampung lagi,









ok, tu je la citer tuk kali ni,
hubby kate weekend ni nak p lagi kat situ
sbb teman family kakak dia plak,
so, bersiap sedia la tuk hitam skali lagi,
itam wei kulit aku kene panas matahari,
ok la babai semua.

Friday, December 23, 2011

.: Part 3 : Sehari Di Pulau Pinang :.

Salam Semua,
ok Part 3 di Pulau Pinang adalah....,
kami melawat Padang Kota Lama,
slalu p tapi tak penah masuk kat Kota Cornwallis ni,
so, aritu hubby bawak la kami semua masuk ke dalam tu,
hubby la yang teringin sangat nak masuk,
bayar RM2 je tuk dewasa,
budak-budak bawah 5 tahun free je,
kami masuk pun aritu dah pukul 6.30ptg,
ada 30 minit je nak bergamba-gambaran kat dalam tu.














ok tu je...
SEKIAN TERIMA KASIH...

Thursday, December 22, 2011

.: Part 2 : Sehari Di Pulau Pinang :.

Salam semua...
ok, aku nak sambung citer sehari di Pulau Pinang,
pas kitaorg p Tokong Ular,
mak mertua ngan kakak ipar teringin nk p Taman Botani plak,
so, kami pun singgah la kat situ jap,  
niat di hati nak jalan-jalan je,tapi jadi citer lain plak, 
sikecik fawwaz bl jumpe air jadi giler plak,
giler ngak mandi, kan ket situ ada air terjun,
pe lagi hubby bagi mandi la...,
sakan gak dia mandi, firas pun join skali la.








Wednesday, December 21, 2011

.: Tension le weiii... :.

masih ada lagi di ofis,
slalu time ni aku dah chau balik dah,
otw nek feri dah,
kate nak siapkan keje, tapi system plak slow,
giler tui la, nak buat pe ni???
dok saje je ke???,
dah la nak kene siapkan minggu ni!,
arini je baru dapat 10 orang ,
ada lagi berpuluh orang aku nak buat,
tulunnnn....weiii, 

Tuesday, December 20, 2011

.: Part 1 : Sehari Di Pulau Pinang :.

Salam semua,
sabtu lepas, 17.12.2011,
kami bersama-sama mak mertua dan kakak ipar p pulau pinang,
1stly p makan kenduri kat umah kawan mak mertua,
kat teluk kumbar,

dah alang-alang sampai sini p la berjalan-jalan cuci mata,
almaklumlah diaorang dah lama tak mai sini,
so, dahde kat penang kitaorang bawak anak-anak p
Tokong Ular, slalu lalu je, tp tak penah singgah pun,


tu ular sawa ada 2 ekor kat belakang tu, dah kenyang lena la...

firas yang takut ngan ular, terpakse dukung masa nak amik gamba

cakkksss!!!!




pakse fawwaz pakai topi kungfu ni...

Monday, December 19, 2011

.: Hari Inovasi 2011 :.

Salam semua,
13.12.2011 adalah
Sambutan Hari Inovasi Peringkat JKMN Pulau Pinang bagi tahun 2011,
Majlis diadakan di Sandy Paradise Beach Resort, Pulau Pinang,
Majlis bermula pada pukul 2 petang,
area pukul 12.30 tghari kitaorang dah bertolak dari ofis,
tuk persiapan sambutan,
tema kali ni plak adala Hitam, Putih dan Gold,
so, pandai-pandai la cari kaler tu,
aku pakai simple je, tak beli pun pakai baju sedia ada,
sebab majlis minum petang je,
kalau dinner kena pakai yang grand la,
lip lap lip lap sket,
baru meriah,


zura n zaza

aku ngan farah

kak su ngan zura

kak N yang glamer...

ina dapat ANUGERAH KHIDMAT TERPUJI TAHUN 2011